Bagaimana nak urus kelas online anak-anak?.
Seiring PKP, majoriti sekolah menyediakan kelas online untuk menyambung pembelajaran anak-anak.
Kita memberi ruang agak bebas pada anak-anak mengendalikan gajet untuk tujuan ini.
Perhatikan 5 perkara ini supaya kita tidak terbeban dengan masalah yang timbul akibat salah urus gajet selain pendidikan.
1. Dalam Jadual harian pastikan anak tahu bila masa belajar dan bila masa untuk main game.
2. Jika peraturan dilanggar maka perlu ada tindakan dengan beri peringatan dan peluang sekiranya tetap tidak dapat dipatuhi maka beri gajet hanya pada 2 masa iaitu masa belajar dan masa main game selesai tempohnya maka dia perlu pulangkan kembali gajet tersebut.
3. Ambil tahu urusan gajet yang mana satu anak-anak kita selalu menyimpang, game apa you tube yang mana satu, buat kajian dan study sikit supaya kita memahami apa yang disukai anak dan sejauh mana ia selamat buat perkembangan mereka. Boleh juga bertanya kepada anak yang lebih dewasa untuk bantu kita lebih faham.
4. Bincang dengan anak pembelajaran mereka dan tunjuk kita turut enjoy dengan apa yang dipelajari, sokong dan bantu jika mereka minta, beri cadangan tambah baik untuk tugasan dari matapelajaran mereka. Sebenarnya penggunaan teknologi dan mengendalikannya agak berat pada mereka, terkadang mereka akan mudah putus asa, masalah sekecil network tersekat-sekat, folder hilang, butang send tak berfungsi dan segala masalah teknikal perlu diambil kira oleh ibubapa
5. Komunikasi 2 hala ibubapa dan guru amat penting. Guru-guru boleh maklumkan pada ibubapa tentang tugasan yang diberikan kepada anak-anak dan minta ibubapa pantau. Ibubapa juga perlu memberi penghargaan dan kerjasama bantu guru untuk menyatakan proses pembelajaran ini.
Sumber: Ustazah Isfadiah
0 Comments