MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Notis Bilangan Penumpang Bagi Kenderaan Pengangkutan Awam Di Negeri Sabah Dan W.P Labuan Semasa PKPP




Semua Kenderaan pengangkutan awam boleh beroperasi tanpa had masa dan dengan jumlah penumpang yang dinyatakan seperti di dalam lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah.

Walau bagaimanapun, pengendali dan penumpang pengangkutan awam diarahkan supaya sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan dengan sewajarnya seperti memastikan:
  • Pemandu dan penumpang bas / teksi / e-hailing diwajibkan memakai pelitup muka pelitup muka (mask) pada setiap masa.
  • Pengusaha bas / teksi / e-hailing perlu menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) di dalam kenderaan. Pemandu dan penumpang di dalam kenderaan bas / teksi / e-hailing  perlu menggunakan pensanitasi tangan setiap kali naik dan turun kenderaan.
  • Pengusaha bas / teksi / e-hailing perlu melakukan proses sanitasi / nyah kuman / pembersihan terhadap kenderaan dan fasiliti yang digunakan setiap kali selesai operasi.
  • Pengusaha bas express dan kereta sewa (laluan terhad) perlu mendaftar penumpang melalui Aplikasi MySejahtera atau mengambil butiran penumpang secara manual serta suhu badan penumpang perlu direkodkan terlebih dahulu.
  • Penumpang yang bergejala tidak dibenarkan untuk menggunakan pengangkutan awam; dan
  • Pembayaran tambang mengikut kaedah tanpa tunai adalah digalakkan.
Diterbitkan pada 12 Jun 2020

Sumber: LPKP 

Post a Comment

0 Comments