MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Keutamaan Sedekah Kepada Anak-Anak Yatim



Merubah takdir

Suatu hari, Malaikat Maut mendatangi Nabi Ibrahim As lalu bertanya,

Malaikat: “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”.

Nabi Ibrahim: “Itu tadi sahabatku dan juga anak muridku”.

Malaikat: “Ada apa dia datang menemuimu?”.

Nabi Ibrahim: “Dia ingin menyampaikan berita bahawa dia akan menikah pada esok hari”.

Malaikat: “Wahai Ibrahim, sayang sekali umur anak muda itu tidak akan sampai pun esok pagi”.

Habis berkata seperti itu, Malaikat Maut pun pergi meninggalkan Nabi Ibrahim.

Hampir saja Nabi Ibrahim As tergerak hati untuk memberitahu anak muda tersebut untuk menyegerakan pernikahannya malam itu juga dan Nabi Ibrahim ingin memberitahu tentang kematiannya.

Tetapi langkahnya terhenti. Nabi Ibrahim As memilih untuk tidak memberitahunya kerana kematian itu tetap menjadi rahsia Allah.

Esok paginya, Nabi Ibrahim As ternyata melihat dan menyaksikan anak muda tersebut melangsungkan pernikahannya.

Hari pun berganti, minggu berganti, bulan berganti dan tahun pun berganti.

Nabi Ibrahim As melihat anak muda tersebut panjang umurnya sehingga usianya 70 tahun.

Nabi Ibrahim As pun bertanya kepada Malaikat Maut: “Kenapa Malaikat berbohong tempoh hari, menyampaikan bahawa anak muda itu akan mati pada esok pagi? Ternyata tidak mati, bahkan umurnya panjang”.

Malaikat Maut: “Diriku memang hendak mencabut nyawa anak muda tersebut tetapi Allah menahannya dan kenapa Allah menahan tanganku untuk tidak mencabut nyawa anak muda itu?
 
Ketahuilah wahai Ibrahim, bahawa di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan 7 dirham untuk anak-anak yatim, lalu anak-anak yatim itu mendoakannya.

Allah menggantikan setiap 1 dirham yang didermakan oleh anak muda itu dengan dipanjangkan umurnya sebanyak 10 tahun dan aku diperintahkan oleh Allah untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut sebelum usianya mencecah 70 tahun.

Dan, dengan sebab anak muda itu menderma sebanyak 7 dirham itulah yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut hingga engkau masih melihatnya hidup”.

Kematian memang di tangan Allah SWT, justeru itu mempercepatkan dan melewatkan kematian juga adalah hak Allah SWT.

Dan, Allah SWT memberitahu melalui kalam Rasulnya Nabi Muhammad SAW bahawa sedekah itu boleh memanjangkan umur seseorang itu.

Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan sedekah. Dan, mari kita mulakan sedekah kita ini dengan mengirimkan kisah yang bermanfaat ini, baik kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai kita.

Selamat bersedekah dengan tulisan ini dan moganya dicatatkan sebagai ibadah.

Semoga Allah Taala merahmati kita semua. In Shaa Allah. Aamiin.


Sumber: @dakwahsentapofficial dan Pinterest

Post a Comment

0 Comments