Kesan Gajet Ancam Kesihatan Mata Anak.
1. Lesu Penglihatan
Penggunaan komputer yang berterusan dalam jangka masa yang panjang menyumbang kepada penglihatan yang lesu dan saraf- saraf mata menjadi mudah letih kerana menahan pancaran cahaya dari skrin serta menggunakan tenaga fokus mata yang berlebihan.
2. Sindrom Mata Kering
Mata kering merupakan satu sindrom dimana penggunaan computer akan menyebabkan kurangnya kerdipan mata kerana menumpukan kepada skrin sehingga menyebabkan air mata lembapan lebih cepat tersejat dan mata akan menjadi kering dan gatal
3. Rabun Penglihatan
Penggunaan komputer pada jangka waktu yang terlalu lama boleh mendatangkan masalah terhadap sistem penglihatan.
Sememangnya teknologi dan kehidupan tidak dapat dipisahkan seiring dengan keadaan semasa serta peredaran zaman. Namun penggunaan gajet perlulah dikawal dan dipantau oleh ibubapa apabila memberikan ruang, kelonggaran dan kebenaran bagi tujuan tertentu. Manfaatkan teknologi dan gajet yang digunakan dalam kehidupan untuk perkara yang mendatangkan hasil positif.
Sumber: Ustazah Isfadiah & Admin
0 Comments