Viral isu rogol. Orang bergaduh sakan. Satu kumpulan salahkan perempuan sebagai punca. Satu lagi menyalahkan laki sebab tak tundukkan pandangan.
So, dari sudut apa kita perlu melihat isu ni sebenarnya?
Ini adalah thread. Jom baca sampai habis.
Saya nak kongsikan isu ini kepada beberapa noktah.
1. Kes rogol. Perogol salah atau mangsa rogol?
2. Apa punca kepada kes rogol atau zina ni makin hari makin berleluasa?
3. Apa tindakan yang perlu kita buat untuk cegah isu ini dari terus menular?
1) NOKTAH PERTAMA. Kes rogol. Perogol salah atau mangsa rogol yang salah?
Jawapannya sangat clear. Semestinya perogol yang salah dan wajar dikenakan hukuman didunia dan diakhirat.
Rogol adalah satu dosa besar, bahkan satu jenayah berat disisi undang-undang.
Saya jumpa ada sesetengah pihak ni, entah kenapa, mereka pertahankan kesalahan perogol & menuding jari kepada mangsa rogol yang kononnya menjadi punca.
Habis tu, kalau mangsa tu dh tutup aurat sempurna, dah jaga diri tapi masih kena rogol, adakah bermakna mangsa tu salah jugak?
Sebab tu, dalam kes rogol ni, JANGAN SESEKALI BACKUP perogol walau apapun keadaan. Sebab ianya memang berdosa besar dan wajib dikenakan tindakan undang2.
Cuma timbul persoalan, mangsa rogol berdosa tak?
Secara umum, sekiranya, mangsa rogol tersebut telah menjaga aurat dengan sempurna, menjaga batas pergaulan, menjaga maruah diri, namun tiba-tiba dirogol samada ditempat awam atau dirompak lalu dirogol, maka mereka TIDAK BERDOSA.
Bahkan mereka dpt PAHALA andai bersabar dgn ujian.
Bayangkan, mcm2 ujian yg akn dihadapi oleh mangsa rogol. Fizikalnya dia sakit, hilang dara, risiko mengandungkan anak, maruah tercalar, trauma, lebih malang kalau tiba2 ketagih, perkara itu menghantui diri.. Sgt sakit menjadi mangsa.
Namun andai mereka sabar, syurga buat mereka!
Ganjaran untuk orang yang sabar ni banyak.
1. Dijamin SYURGA.
Allah berfirman:
"Dan kerana kesabaran mereka, mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera..."
(Al insan ayat 12)
2. Pahala orang yg sabar ialah INFINITY!
Dalam surah Az-Zumar ayat 10, Allah berfirman:
lSesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira(infinity)"
Namun, sekiranya mangsa rogol itu menjadi "punca" iaitu dia juga tidak menutup aurat sempurna, tidak menjaga batas ikhtilat dengan pemangsa, berkhalwat, sehingga triggerd pemangsa untuk merogol, maka di sini, perogol berdosa besar, dan yang dirogol juga mendapat dosa. TETAPI...
Tetapi, dosanya tidaklah sebesar dosa perogol tersebut. Ia hanya berdosa kerana tidak menutup aurat, tidak menjaga batas, berkhalwat, dan menjadi punca perogol itu triggerd untuk rogol. Tetapi, yang layak diberi hukuman undang2 adalah perogol tersebut.
Kenapa saya cerita 2 keadaan ni, adalah kerana kes rogol berlaku 2 keadaan. Satu, memang perogol merogol orang secara semberono, tepi jalan, pecah masuk rumah dan rogol, & sbgnya. Kes ni, perogol salah.
Kedua, mmg dia ajak mangsa balik rumah, mangsa tu setuju, mereka berkhalwat, & dirogol. Samada sorang2 atau dirogol berjemaah.
Maka dekat sini, perogol salah. Manakala mangsa juga salah kerena menjadi punca.
Cuma mcm saya cakap, yg wajar dikenakan hukuman ialah perogol.
Baik. Selesai noktah pertama.
Kita pergi ke noktah kedua yang saya rasa SANGAT PENTING untuk kita faham. Sorry agak panjang, tapi, please baca sampai habis🙏
2) APA PUNCA KES ROGOL & ZINA MAKIN BERLELUASA?
Kadang kita pelik, apahal kes makin dahsyat? Kes anak luar nikah, kat Malaysia, setahun 50,000 purata. Means tiap satu jam, 6 anak luar nikah lahir.
Kes rogol di Malaysia, purata 1500 hingga 3000 kes setahun.
Apa puncanya?
Ok. Sebelum saya nak mula, saya nak kita sama2 faham 1 ayat Alquran yg sgt penting. Allah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam secara KESELURUHAN, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan"
(Albaqarah ayat 208)
Macam saya cakap tadi, Islam ini agama yang lengkap dan menyeluruh. Maka, wajib bagi kita mengamalkan Islam secara menyeluruh, mengikut kemampuan dan kudrat kita.
Tapi ada org, dia hanya ambil islam separuh2. Apa yg dia suka, dia ambil. Apa yg dia rasa susah, dia tinggal.
Ada orang, bab solat, dia buat cara Islam. Alhamdulillah, bagus.
Malangnya, bab pakaian, dia tak mengikut cara Islam. Dia ikut cara bukan Islam iaitu membuka aurat, seksi sana sini. Sedangkan, Islam itu bukan semata2 solat, tetapi sehingga ke adab berpakaian pun kita kena ikut.
Terkadang, ada orang yang akhlaknya baik, dia berakhlak dengan akhlak Islam, tapi dia tak solat.
Dia lupa, agama ini bukan semata-mata pada akhlak, tetapi ia menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan.
Ada juga bab makanan, dia cakna halal haram. Dia sensitif kalau makanan dia ada babi. Sebaliknya, kalau masuk bab berhibur, mereka tak cakna pun halal haram dalam hiburan ni. Tengok drama movie yg ada aurat, obses artis, tengok porno dll.
Mereka lupa, Islam itu bukan semata-mata menjaga makanan dan minuman daripada yang haram, tetapi Islam itu menyeluruh, merangkumi segenap aspek kehidupan.
Jika kita tak faham benda ni, maka lahirlah orang yang berfikiran sekular dan liberal. Mereka asingkan agama daripada kehidupan. Sedangkan… Allah turunkan agama ni sebagai CARA HIDUP kita semua.
Apa kesan bila kita tak amalkan islam secara keseluruhan? Yg akan terjadi ialah kerosakan.
Solat, tapi tengok porno.
Tutup aurat tapi tak jaga ikhtilat.
Akhlak baik tapi tak solat.
Jaga ikhtilat tapi obses artis.
Hafal Alquran tapi liwat org.
Jadi pemimpin tapi rasuah.
Kenapa saya mulakan NOKTAH KEDUA ni dengan surah Albaqarah ayat 208 ni? Kerana bagi saya, rosaknya masyarakat, hatta kes rogol dan zina berleluasa ini pun kerana kita tak jadikan islam sebagai cara hidup, dan kita tak ambil islam secara keseluruhan.
Baik, saya nak kongsi satu benda penting dlm noktah kedua ni.
Actually, MAKSIAT ni ada "rantaian". Saya namakan sbg "rantaian maksiat". Satu maksiat tu xkan terjadi tiba2, melainkan ada sebab musabab dan rantai2 yg menjadi penghubung antara satu maksiat dgn satu maksiat yg lain.
Kerana itu, dalam kes rogol atau zina ni, Allah dah bagi "hint" dalam surah Al-Isra' ayat 32:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
Perasan tak "hint" nya?
Kalau korang perasan, Allah bukan sahaja melarang zina. Tapi Allah melarang segala perbuatan yang menjadi PUNCA zina. Sbb itu, MENDEKATI pun Allah dah larang.
Bukan isu zina je, semua maksiat Allah suruh jauhi dan jgn dekati.
Mendekati maksiat itu juga satu maksiat.
Sebab apa? Sebab mcm saya cakap tadi, sesuatu dosa besar itu tak jadi tiba2. Ada "rantai2" yg menghubungkannya, dan kita perlu sama2 PUTUSKAN RANTAIAN maksiat ini!
So, kembali kpd isu rogol dan zina, apakah rantai2nya? Saya berikan 5 rantai utk kita elak.
a) PERTAMA, apabila kita tak tundukkan pandangan.
Inilah rantai awal kepada kes rogol dan zina. Bila laki tak tunduk pandangan, bila perempuan tak tunduk pandangan.
Kerana itu dari awal Allah pesan dlm surah An-Nur ayat 30 dan 31 agar lelaki dan perempuan tundukkan pandangan!
Bila tak tunduk pandangam, contohnya, bermula dari tengok drama atau movie, atau video clip lagu, yg mana pelakon tak tutup aurat, penyanyi tak tutup aurat, seksi, tak jaga pergaulan, pegang2 tgn, peluk, cium..
Akhirnya kita akan triggerd utk tgok lebih dari itu.
Lalu, kita mula mencari website porno. Lepas tu ketagih, tengok lagi dan lagi. Tak puas. Buat dosa onani pula. Tak puas, akhirnya otak dah rosak, mula nak cuba pula buat apa yg dia tengok dekat porno. Lalu mula langgan pelacur. Tak puas. Mula nak rogol, tak puas.
Dan akhirnya ulang2 tiada penghujung. Dah kahwin? Curang. Sebab hakikatnya porno itu hanya fantasi yg x wujud. Takde org normal yg melakukan hubungan seks seperti dalam porno. Pelakon porno pun buat sbb nk duit je. Tak dpt duit depa pun x sanggup.
Tapi, bila dh ketagih porno, otak dah rosak, itu yg mereka berzina & rogol, utk merealisasikan fantasi durjana celaka mereka itu. Nmpk x bahayanya bila tak jaga pandangan? Hatta ketagihan porno ni bukan laki je terjebak, perempuan pun ramai terjebak. Satu hakikat yg menyedihkan.
Kerana itulah, in the 1st place, kita bukan sahaja wajib tinggalkan porno, tapi kita juga wajib tundukkan pandangan dari melihat ajnabi, bukan mahram, samada yg menutup aurat atau tak tutup aurat, kita wajin tundukkan pandangan.
Kerana itu semua rantai2 yg membawa pada porno dan akhirnya zina dan rogol.
Nampak tak mcmana islam mencegah dari awal lagi? Tapi, kita meringan2kan benda ni. Tak jaga mata. Melihat ajnabi, sampai obses artis, lepas tu tgok aurat x rasa bersalah, dan berlakulah apa yg berlaku.
b) KEDUA, tidak menutup aurat.
Ni antara rantai maksiat yg kedua, yg boleh menimbulkan pelbagai maksiat yg lain.
Bila laki x tutup aurat sempurna. Bila perempuan x tutup aurat sempurna. Hatta zaman skrg, ramai yg berlumba2 utk buka aurat.
Mereka lupa, tidak menutup aurat adlh dosa besar!
Boleh jadi disebabkan A pakai seksi, B tak tunduk pandangan lalu bernafsu, lalu B melempiaskan nafsunya pada C.
Mcm saya cakap. Maksiat itu berantai. Tipu daya iblis sgt licik.
Kerana itu, bila kita tutup aurat, kita bukan setakat dapat selamatkan diri kita, bahkan kita dapat selamatkan org lain. Bayangkan kalau semua org menutup aurat dgn sempurna, ia akan menutup pelbagai pintu2 maksiat dan memutuskan pelbagai rantai maksiat.
Nabi saw ada bagi satu ancaman:
“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: (1) Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia & (2) para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala-kepala mereka umpama....... bonggol-bonggol unta yang senget. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, padahal baunya dapat tercium dari jarak sekian dan sekian.”
(HR. Muslim)
Kalau perasan, dalam hadith ni, nabi bagi 3 contoh orang yg tak menutup aurat di akhir zaman ni. Ni saya screenshot isi dal buku saya bertajuk MAKSIAT AKHIR ZAMAN.
c) KETIGA, apabila tidak menjaga batas ikhtilat.
Ini antara rantai yang sangat menjadi punca kepada kes zina dan rogol.
Persoalannya, apa itu ikhtilat?
Ikhtilat ni, bermaksud “pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi”. Apa-apa bentuk pergaulan antara lelaki dan wanita bukan mahram ni, samada di alam maya, atau realiti, ianya dinamakan ikhtilat.
Berjumpa, bersembang, call, mesej, saling komen-mengomen di media sosial, dan segala benda yang melibatkan percampuran dan pergaulan antara lelaki dan wanita bukan mahram, ianya disebut sebagai ikhtilat.
Jelas? Senang je nak faham.
Cuma isu dia sekarang, apa hukum ikhtilat ni?
Dalam isu ikhtilat ini, HUKUM ASAL ialah HARAM, kerana ada pelbagai dalil yang menjurus kepada pengharamannya.
Tetapi, bila berlaku sesetengah keadaan, maka, hukum ikhtilat ini boleh jadi harus, boleh menjadi sunat, boleh menjadi wajib dan juga makruh.
Saya tak nak ulas panjang lebar pasal dalil haramnya ikhtilat, dan apa syarat2 yg diharuskan ikhtilat di sini. Sbb saya dah ulas dalam buku saya bertajuk "SURAT CINTA UNTUK PENDOSA".
Saya pun dan buat video pasal "Ensiklopedia Ikhtilat" ni di youtube 4 tahun lepas. Boleh tengok sampai habis dan sebarkan.
Back to the point, bila kita meringan2kan ikhtilat, kita x jaga, chatting laki perempuan bukan mahram, calling2, video call, datting, couple, khalwat, gi wayang sama2, naik kereta sama2, panjang gununh sama2, mandi sungai sama2, sampai satu tahap pergi hotel sama2...
Akhirnya..
Akhirnya, bila tak jaga ikhtilat, tak jaga pergaulan, couple bagai, kalau yg org bljr agama pulak, depa couple acah islamik, guna dalil agama utk pertahankan agama, lalu rosaklah masyarakat.
Kerana itu, in the 1st place, Allah dan rasul suruh kita jaga ikhtilat.
Tapi hari ni, bukan sekadar ramai x jaga ikhtilat, bahkan yg jaga pula kena bash. Org zaman skrg, bangga bercouple. Bahkan rasa sedih kalau x couple. Belum campur yg couple sampai pegang tgn, dating, khalwat, phone sex bagai.
Ya Allah, berilah hidayah pada kami😭
d) KEEMPAT, buat perkara yg boleh menimbulkan fitnah.
Ini juga byk menjadi punca kepada rantaian maksiat. Bila kita selalu buat benda yg boleh jadi punca kepada sesuatu maksiat itu berlaku. Takpe, saya akan bg contoh untuk kita mudah faham insyaAllah.
Contoh. Perempuan upload gambar di media sosial misalnya. Sekiranya, kita pandang dari sudut FATWA, kita akn buat kesimpulan bahwa, andai gambar tersebut MENUTUP AURAT SEMPURNA, maka tak berdosa untuk mereka upload gambar di media sosial. Apkh itu menutup aurat dgn sempurna?
Itu antara point dalam buku saya, MAKSIAT AKHIR ZAMAN.
Baik, masuk topik balik.
Macam saya cakap, dari sudut FATWA, kalau tutup aurat sempurna, xde masalah pun nak upload gambar dekat media sosial.
Tapi....
Tapi, bila kita bicara dari sudut TAQWA, org bertaqwa ni,mereka bukan sahaja tgok benda tu halal or haram. Bahkan, mereka tgok, benda itu jika mereka buat, akn menimbulkan fitnah atau x?
Sekiranya menimbulkan fitnah, walaupun ianya halal dari segi hukum, tp mereka tetap elakkan.
Banyak kes viral kat twitter misalnya, ada perempuan yg dah tutup aurat sempurna, tapi still kena sexual harassment dekat DM or komen, yg mana ada laki2 tak guna yg komen ayat2 lucah kononnya mereka guna gambar perempuan tersebut utk bermaksiat.
Dan, benda ni bukan satu dua kes. Bahkan byk. Ada saya nampak viral kat twitter, ada fake akaun di instagram, yg mana org tersebut menghimpunkan gambar2 perempuan niqabis di akaun tersebut, dan dibahagian caption, mereka buat caption yg lucah dan x senonoh. Sgt gila dan bodoh.
Guys, korang nampak tak apa akan jadi bila kita upload gambar? Walaupun dari sudut hukum, kalau tutup aurat sempurna, ia x berdosa, tapi, benda itu boleh MENIMBULKAN FITNAH, dan akan triggerd laki2 bernafsu binatang ni untuk buat dosa. Sama juga makan lelaki, uplod pakai ketat2.
Benda ni akan triggerd perempuan bernafsu binatang ni utk bermaksiat dgn gambar tersebut.
Sbb tu org bertaqwa, mereka akn elakkan diri mereka dari buat benda yg boleh menimbulkan fitnah.
Saya x cakap nak upload gambar tu salah secara total. Ini contoh sahaja macamana satu perbuatan yg asalnya boleh, tapi apabila ianya menimbulkan fitnah, maka ia akan jadi dosa.
Bab ni, saya ada ulas dlm video ni.
Sahabat sekalian.. Sorry panjang sikit thread ni. Btw..
Nabi saw sangat2 menjaga bab2 mengelakkan diri dari fitnah ni. Dalam satu hadith yg sahih, ada satu malam, nabi sedang berjalan dgn isteri dia, dan ada seorang sahabat ternampak nabi saw sedang berjalan dgn isteri baginda..
Nabi saw perasan ada sahabat nampak, lalu nabi dtg pada sahabat itu lalu berkata:
"Aku sedang berjalan dgn isteri aku.."
Sahabat tu pun pelik, kenapa nabi cakap mcm tu, sbb dia tahu nabi tgh jalan dgn isteri. Tapi, nabi saw bagitahu, supaya sahabat tersebut x sangka buruk...
...dan x fikir bukan2. So, nabi nk elak fitnah, nabi terus bagitahu sahabat tersebut bahawa baginda sedang berjalan dgn isterinya.
Itu baru satu contoh. Byk lagi kisah mcmana para salaf dahulu amat menjaga diri mereka dari perkara yg boleh menimbulkan fitnah.
Contohilah mereka.
e) KELIMA dan yang terakhir ialah, bila kita bandingkan salah kita dengan salah orang lain untuk pertahankan salah kita.
Ini pun antara rantai maksiat yg menjadi punca maksiat terus berlelusa seolah tiada jalan keluar.
Kerana kita hanya tahu salahkan org & x nampak salah diri.
Yang lelaki, salahkan perempuan yg tak menutup aurat utk pertahankan salah mereka yg tak reti nak tundukkan pandangan.
Yang tak menutup aurat salahkan lelaki yg tak reti menundukkan pandangan utk pertahankan salah mereka yg x reti menutup aurat.
Akhirnya??
Akhirnya, bila masing2 ego x nak nampak salah masing2, akhirnya masing2 x nak berubah. Bila x berubah, maksiat akn terus berlelusa. Dari rantai pertama hinggalah rantai akhir.
Umat makin rosak dan tenat.
Sebab tu, nak selamat dlm hidup, kita kena byk muhasabah diri & ubah diri.
Ya, salah depa memang salah depa. Tapi apa yg aku perlu ubah pada diri aku?
Yg salah, memang wajib kita tegur dan ambil tindakan. Tapi, diri kita sendiri?
Jgn abaikan diri kita wahai sahabat. Bukan org lain je kena berubah. Kita pun kena berubah.
Selesai noktah kedua iaitu apa punca kepada isu rogol dan zina ni. Saya dah ulas panjang lebar 1 asas penting dan 5 punca utama.
Skrg, noktah last pulak, iaitu apa tindakan yg kita perlu buat utk cegah benda ni.
3) NOKTAH KETIGA, apa yg perlu kita lakukan utk cegah kes rogol dan zina ni?
Paling awal, utk DIRI KITA SENDIRI, amalkanlah islam secara keseluruhan. Sbb bila kita x amal islam secara keseluruhan, itu punca kpd pelbagai kerosakan & rantaian maksiat. Nampak kecik tp impak besar.
Secondly, pihak berkuasa, tapislah hiburan dekat Malaysia ni. Movie2 dan drama2 tu pastikanlah yg patuh syarak. Lagu2 pun buatlah yg patuh syarak.
Dan, sekatlah website2 porno seperti yg berlaku di saudi misalnya.
Juga, kenakanlah hukuman yg tegas dan berat kepada perogol. Dan tutuplah sarang2 pelacuran, pusat hiburan melampau dan sebagainya. Memang nampak susah, tapi yakinlah, Allah akn bagi pahala yg sgt banyak utk pemimpin yg gunakan kuasanya utk ajak kpd kebaikan dan cegah kemungkaran.
Ketiga, kepada perogol, bertaubatlah. Kalaupun korang terlepas dari hukuman dunia, korang xkan terlepas dekat akhirat nanti. Skrg mgkin korang boleh gelak je bila saya pesan benda ni. Dkat akhirat nanti, menangis air mata darah pun dah x boleh patah balik.
Perogol sekalian, saya tahu, korang tak bahagia pun. Tak puas pun. Bahkan hati korang sengsara dan derita. Dahaga dan tertekan. Sbb tu, cukup2lah tu. Korang fikirlah diri korang, dan fikirlah apa yg akan terjadi pada mangsa. Hidupnya trauma, depress, malu dan sbgnya.
Kepada mangsa rogol, nasihat saya, bersabarlah, dan fight utk saman perogol tersebut kalau mampu. Tegakkan hak korang, bagi balasan yg setimpal kpd perogol. Mempertahankan maruah itu juga satu jihad.
Namun, andai memang x dapat dijumpai perogol tersebut, maka, berdoalah pada Allah, terus sabar, teruskan kehidupan, jgn biarkan kisah silam menganggu kita utk mencapai tujuan hidup kita iaitu mendpt redha dan syurga Allah. Hiduplah dlm circle kawan yg baik.
Saya doakan moga kalian terus kuat menghadapi segala ujian2 yg berlaku dalam hidup. Sungguh, Allah uji sbb Allah sayang, Allah nak ampunkan dosa, nak naikkan darjat, nak bagi pahala dan nak bagi syurga.
Moga kuat wahai sahabatku.
Wallahua'lam. Itu sahajalah thread saya kali ini. Sorry sebab panjang sgt. Ada byk lagi yg saya nak sampaikan sbb saya takut ada yg salah faham. Sbb tu saya tulis panjang2. Moga bermanfaat.
Apapun, saya ada tulis satu buku baru saya iaitu MAKSIAT AKHIR ZAMAN. Saya tulis dlm ni panjang lebar isu2 maksiat yg zmn skrg ni org dh anggap normal, dari isu aqidah, politik, hiburan, sosial, hinggalah isu kecil.
Kalau nk dptkn, boleh tekan LINK ni👇
https://t.co/M2SpthQwAh https://t.co/SQP8yJ9hDj
Jazakumullah sebab membaca. Sekiranya bermanfaat, sharelah pada kawan2 di semua media sosial yg lain.
Moga Allah bg hidayah pada diri saya dan seluruh umat dan moga kita semua dipelihara dari godaan maksiat akhir zaman serta diampuni Allah🤲
Wallahua'lam.
Assalamualaikum☺️
Kridet: Adnin Roslan @adninroslan & Gambar Infografik Pinterest
Doa Mohon Selamat Buku Dari Melakukan Zina 101 Ustaz Zahazan Mohamed
0 Comments