MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kelebihan Istighfar



[APA DI SEBALIK ISTIGHFAR] 

Allah swt berfirman:

فقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (سورة نوح، الاية: 10) 

"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun." (Surah Nuh : ayat 10)

Terdapat beberapa faedah yang diperoleh daripada istighfar itu sendiri antaranya:



1. Diampunkan dosa oleh Allah swt

Di dalam surah nuh ayat 10 , Allah dengan jelas mensifatkan dirinya dengan perkataan ghaffara (غَفَّارًا) iaitu Maha Pengampun. Hal ini adalah sebagai sebuah suatu bentuk at targhib ( التَرغيب) untuk merangsang dan menggalakkan manusia agar memohon keampunan kepada Allah .

Kata Qatadah ra: Sesungguhnya Al Quran telah memberi panduan kepada kalian (manusia) mengenai racun dan ubat bagi kalian. Adapun racun bagi manusia adalah dosa-dosa manakala ubatannya adalah istighfar.

2. Diturunkan hujan dan dilimpahkan rezeki yang luas

Al Qurtubi di dalam tafsir beliau menyebutkan “ terdapat ayat-ayat di dalam al quran menjadi suatu dalil bahwa istighfar merupakan suatu bentuk permohonan kepada Allah swt agar menurunkan rezeki dan hujan.

3. Bala yang menimpa akan diangkat oleh Allah swt.

Istighfar merupakan antara jalan keluar daripada dugaan dan musibah yang melanda pada manusia kerana dengan istighfar, manusia akan merasa dekat kepada Allah swt di masa sukar dan senang. 

Kata Ali bin Abi Talib ra : .

“Musibah tidak akan turun melainkan disebabkan dosa yangdilakukan dan ia tidak akan diangkat melainkan dengan memohon keampunan kepada Allah”



Sumber : JAKIM & Gambar Infografik Pinterest

Post a Comment

0 Comments