Daripada Aswad bin Yazid katanya, ditanyakan kepada Aisyah RA.
"Apakah yang dilakukan oleh Nabi SAW di rumahnya?" Aisyah menjawab " Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, lalu apabila masuk waktu sembayang Baginda pun keluar untuk bersembayang."
(Riwayat al-Bukhari)
Huraian Hadith:
Seorang suami digalakkan membantu kerja-kerja dalam rumahtangga disamping tidak mengabaikan ibadat dan peranan di dalam masyarakat termasuk sembayang jemaah di awal waktunya.
Memahami tugas dan tanggungjawab serta realiti sebuah kehidupan dalam mengasuh mendidik anak bangsa generasi seterusnya, persefahaman dan pelaksanaan tugas serta sikap toleransi, bantu-membantu antara suami isteri boleh menatijahkan kebahagiaan sehingga terjadilah baiti jannati. Isteri dan anak-anak menjadi qurratul ain kepada suami masing-masing.
Sumber: www.kuiscell.com
0 Comments