MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bahasa Cinta Bersama Anak



2 sebab penting anak kena tahu dirinya dicintai.

1. Suruhan Nabi Muhammad saw.
Baginda mengarahkan kita untuk menyatakan rasa cinta dan kasih sayang kita kepada saudara kita.

Dari Abu Karimah Al Miqdad bin Ma’dikariba dari Nabi SAW,beliau bersabda : 

«إِذَا أَحَبَّ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَلْيُخْبِرْهُ أَنَّهُ يُحِبُّهُ»

"Apabila seseorang mencintai saudaranya,hendaklah ia memberitahu bahwa ia mencintainya." 
(Riwayat Abu Daud dan Tarmizzi).

Bayangkan sekadar saudara sahaja kita disuruh oleh Nabi Muhammad saw untuk menzahirkan rasa cinta dan penghargaan kita apatah lagi jika ia anak kita dan darah daging kita sendiri. Tambahan pula setiap yang diarahkan oleh Rasulullah saw sudah tentu mempunyai hikmah tersendiri.

2. Menggalakkan pertumbuhan hormon oksitosin (hormon kasih sayang) yang beri 2 fungsi: 

• Fungsi 1: Bina keyakinan dan kecemerlangan diri. Hormon ini akan bantu meningkatkan rasa seronok dan bersemangat. Anak-anak perlukan semangat ini yang membimbingnya untuk terus belajar dari alam sekitarnya dan membina kekuatan yang ada dalam dirinya. Bila anak-anak happy, saraf otak mudah berhubung, tak sibuk cari alternatif luar untuk diterima dan rasa hebat, dia mengenali dan meneroka kelebihan dan kelemahan diri sendiri, ini penting lebih-lebih lagi untuk anak remaja kita.

• Fungsi 2: Penawar stress dan kemurungan. Hormon ini akan membantu otak melihat sesuatu masalah dari aspek yang indah, seperti lagak orang bercinta. Segala-galanya indah belaka kan!. Bila anak tahu dirinya dicintai maka dia tak mudah merungut, lebih memahami dan mudah memaafkan, bila ini berlaku ia akan melindunginya dari rasa stress atau terlibat dengan aktiviti-aktiviti tidak bermanfaat di luar.

Persoalannya: Apakah cara terbaik nak zahirkan cinta kita pada anak?

Menurut kajian setiap individu ada bahasa kasih tersendiri, kalau kita dah kenalpasti senang saja terus guna bahasa tersebut dan individu itu terus faham. 

Begitu juga anak-anak, dengan pasangan pun boleh guna. Jangan salah guna sudah!

Ada individu yang bahasa kasihnya satu, ada yang lebih. Sebagai ibubapa buat kesemuanya secara gantian dan Anak akan rasa disayangi di segenap penjuru.

Sambil tu cuba perhatikan yang mana satu yang paling bermakna baginya. Kalau dapat dikenalpasti maka kemungkinan besar itulah bahasa kasih dia.

Apa pentingnya tahu bahasa kasih ni?

Sangat penting untuk mengelakkan dry heart atau helpless, anak-anak anggap diri tidak disayangi  padahal Ibubapa dah bagi kasih sayang sepenuh hati tapi anak tetap tak rasa disayangi. Sebabnya? Ibuayah dan anak menggunakan bahasa kasih yang berbeza. 

Anak rasa dikasihi bila dapat hadiah tapi ibubapa fokus beri pujian, beri semangat dan menghargai. So Anak akan anggap ibuayah membebel dan cakap kosong. Dia tak faham itu adalah sebuah kasih sayang


Info di atas membantu ibubapa 3 langkah menyatakan rasa kasih pada anak.
❔- contoh bagaimana bahasa kasih itu diterjemahkan.
☑️- Do's : apa yang perlu dilakukan.
❌ - Don'ts : perlu elak.


Kridet: Ustazah Isfadiah






Post a Comment

0 Comments