Ketahui bacaan tekanan darah anda!
Hipertensi atau tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh mengakibatkan serangan jantung, strok dan penyakit kardiovaskular yang lain.
Menurut National Health Morbidity Survey 2019, hanya separuh daripada penghidap penyakit ini sedar mereka mempunyai tekanan darah tinggi.
PeKa B40 ada Saringan Kesihatan PERCUMA untuk pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD). Kini syarat kelayakan telah diperluaskan kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan berumur 40 tahun dan ke atas.
Semak kelayakan dan senarai klinik PeKa B40 di laman web kami: http://www.pekab40.com.my/bm
Sumber : PeKa40
0 Comments