MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

6 Panduan Cegah Penularan Kes Demam Denggi



Dari Januari sehingga 6 Jun 2020, sebanyak 48,584 kes Demam Denggi telah dilaporkan berbanding 54,524 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2019 (penurunan sebanyak 11%). 

Namun tren tersebut kembali naik sejak 6 minggu lalu dengan purata peningkatan sebanyak 8% setiap minggu. 

11% daripada 84 kematian Demam Denggi bagi tahun ini adalah disebabkan lewat mendapatkan rawatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jangka berlaku peningkatan kes Demam Denggi gelombang kedua bermula awal Jun sehingga September 2020, iaitu berdasarkan tren kes Demam Denggi
selama 5 tahun.

Orang ramai diseru supaya meningkatkan tahap kebersihan di kawasan masing-masing terutamanya di tempat takungan air

Cegah penularan kes Demam Denggi:
 
1. Dalam dan luar premis perlu dibersihkan setiap minggu oleh pemilik premis.

2. Sembur aerosol ke ruang bilik yang telah lama tidak digunakan.

3. Lakukan aktiviti larvasiding (iaitu penggunaan secara berkala bahan untuk membunuh jentik-jentik)

4. Lindungi diri dengan memakai repelen 

5. Jika ada gejala, segera dapatkan rawatan di fasliti kesihatan berhampiran. 

6. Semua fasiliti kesihatan perlu berwaspada jika terdapat kes disyaki Demam Denggi. Kes perlu segera dirawat dan dirujuk jika memerlukan rawatan selanjutnya

Sumber: KKM


Post a Comment

0 Comments