Gambar infografik di atas adalah prosedur Kemasukan Ke Negeri Sabah Bagi Urusan Rasmi Dan Essential Service yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) untuk orang awam yang ingin masuk ke Negeri Sabah.
Individu bukan warga Sabah yang ingin memasuki Negeri Sabah bagi urusan rasmi diingatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Ketua Menteri dengan mengisi Borang Kelulusan Khas (Masuk) secara dalam talian.
Sumber : Kenyataan Media Pengarah Kesihatan Negeri Sabah pada 15 Mei 2020
Borang tersebut boleh diakses melalui capaian di Borang Kelulusan Khas (Masuk). Penyediaan dokumen yang berkaitan dan keputusan ujian COVID-19 akan melancarkan urusan kemasukan ke Negeri Sabah.
Keperluan kuarantin dan tempat kuarantin bergantung kepada penilaian ke atas tujuan kemasukan, risiko dan tahap kesihatan.
Individu juga dinasihati untuk menghubungi CPRC Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melalui talian 088-219455 atau emel ke sbhcprc@moh.gov.my.
Sumber : Jabatan Penerangan Negeri Sabah
0 Comments