Penjelasan Isu Status Halal Produk - Brown Sugar Bubble Tea Ball
Berdasarkan semakan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) produk Brown Sugar Bubble Tea Ball tidak memiliki pengesahan halal dari JAKIM/Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Produk Brown Sugar Bubble Tea Ball keluaran negara Taiwan yang diimport oleh syarikat Meng Chong Foodstufs Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura tersebut mengandungi sumber bahan ramuan yang TIDAK HALAL ia itu gelatin babi. Justeru para pengguna khususnya pengguna Islam dinasihatkan agar lebih berwaspada dengan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan belian sebarang produk makanan atau minuman baik di Malaysia atau di luar negara.
"Yakini Halal Malaysia "
Sumber : Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM
Diterbitkan oleh JAKIM pada 18 Mei 2020
0 Comments