MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Status Badan Pensijilan Halal I-TradeGlobalGroup



Penjelasan Isu Status Badan Pensijilan Halal I-TradeGlobalGroup

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa tidak pernah mengeluarkan sijil pengiktirafan ke atas Badan Pensijilan Halal Luar Negara seperti nama tersebut I-TradeGlobalGroup yang berkuatkuasa dari 22 Januari 2019 - 22 Januari 2021.

JAKIM memaklumkan bahawa nama badan pensijilan tersebut tidak pernah mendapat pengiktirafan dari JAKIM. Bahkan, ia juga tidak pernah tersenarai di dalam senarai Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Sijil berkenaan adalah disahkan palsu.

Melalui penelitian pihak JAKIM,  didapati sijil asal telah disunting semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi kepentingan peribadi dan perkara ini adalah menyalahi peraturan dan undang-undang.

Justeru, JAKIM ini menyeru kepada semua agar berwaspada mengenai perkara ini dan salahguna sijil seperti ini boleh dilaporkan segera kepada pihak JAKIM. Sekiranya pengguna ingin mengajukan aduan berkaitan penyalahgunaan logo atau ungkapan halal, boleh rujuk prosedur dan perinciannya di:-

http://bit.ly/ProsedurAduanHalal

Untuk mengetahui badan pensijilan/logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my atau melalui emel ke pihak Bahagian Kawal Selia Halal, JAKIM di fhcbsctariat@islam.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal / Verify Halal. 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak JAKIM di talian 03-8892 5000/1

Sumber : JAKIM

Tarikh di keluarkan oleh JAKIM pada  
18 Mei 2020 M


Post a Comment

0 Comments