MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Intipati Perutusan Khas PM 10 Mei 2020



Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berakhir 12 Mei ini, disambung 4 minggu lagi sehingga 9 Jun 2020. 

Keputusan ini dibuat atas nasihat KKM dan MKN.

Pasangan suami isteri yang tinggal di negeri berasingan kerana faktor kerja akan diberi kelonggaran untuk membuat perjalanan rentas negeri. 

Permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau datang sendiri ke balai polis terdekat. 


1. Kepatuhan rakyat memuaskan.
2. Peratusan sembuh tinggi.
3. Malaysia berada di tangga ke 4 dalam kepuasan rakyat terhadap kerajaan daripada 105 negara.
4. Hampir seluruh mukim di seluruh negara berstatus hijau. 0 kes semenjak 2 minggu yang lalu. 94.4% adalah zon hijau. Selebihnya adalah kuning dan merah.
5. Penduduk zon merah dinasihatkan berhati hati. Kurangkan aktiviti di luar rumah.
6. Penduduk di luar zon merah dinasihati tidak ke zon merah.
7. Penduduk zon hijau perlu juga berhati hati. Tidak perlu kesana kesini sekiranya tidak perlu. Virus ini adalah musuh senyap. Amalkan norma baharu.
8. Proses hasilkan vaksin ambil masa 12 - 18 bulan.
9. Atas nasihat KKM dan MKN, PKPB DILANJUTKAN selama 4 minggu sehingga 9 Jun 2020.
10. Segala SOP perlu dipatuhi sepanjang PKPB.
11. LARANGAN PERGERAKAN antara negeri masih BERKUATKUASA.
12. BALIK KAMPUNG untuk tujuan hari raya TIDAK DIBENARKAN.
13. PM menasihati supaya rakyat bersabar.
14. Ziarah menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga terdekat. Tidak melebihi 20 orang dalam satu satu masa.
15. Pastikan rumah sentiasa bersih.
16. Elakkan berada di tempat yang dekat dan tempat yang tertutup.
17. Sekiranya ingin bersembang dengan tetamu. Jaga jarak.
18. SOP solat berjemaah di masjid sedang diperhalusi. InsyaAllah, syiar Islam akan bersinar semula. 
19. Kelonggaran kepada suami isteri yang bekerja rentas negeri untuk bertemu. Permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia atau ke Balai Polis terdekat.
20. Menteri Kewangan bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan BPN sehingga 31 Mei 2020 melalui kaunter atau email.
21. 2.3juta permohonan BPN telah diluluskan pada 9 Mei 2020 melibatkan RM11bil.
22. Kerajaan Malaysia telah berusaha melakukan yang terbaik. Rakyat Malaysia diseru supaya terus mengikuti SOP yang ditetapkan.
23. Jika berlaku peningkatan kes yang ketara, PKPD akan dilaksanakan di kawasan yang terjejas.
24. Rakyat dirayu untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.
25. Selamat Menjalani ibadah puasa.

Sekian.

Sumber : CPRC KKM

Post a Comment

0 Comments