MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Fungsi Aplikasi MySejahtera

 

Aplikasi MySejahtera membolehkan rakyat Malaysia:

1. Mengetahui risiko mereka terhadap COVID-19.

2. Mendapatkan panduan mengenai tindakan yang perlu dilaksanakan sekiranya diklasifikasikan sebagai individu berisiko jangkitan COVID-19.

3. Melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan isi rumah dari semasa ke semasa.

4. Memperolehi maklumat terkini dan sahih tentang COVID-19 di Malaysia dan seluruh dunia.

5. Mengetahui dan mencari 'Hot Spot' COVID-19 di sekitar mereka.

Anda boleh muat turun aplikasi ini di Google Play, App Store, dan AppGallery.

Sumber - CPRC KKM

Terkini 9 Mei 2020



JOM kemas kini aplikasi MySejahtera untuk menikmati fungsi-fungsi terbaru! 

Tahniah kerana menjadi wira negara untuk membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID-19 di Malaysia 

- CPRC KKM 


Aplikasi MySejahtera dibangunkan untuk menyokong pelaksanaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Aplikasi ini dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan diuruskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pentadbir aplikasi dengan dibantu oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Kerajaan memberi jaminan bahawa maklumat peribadi anda akan hanya digunakan bagi tujuan pemantauan dan pencegahan wabak COVID-19 sahaja. 

Maklumat peribadi anda tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain.

Sumber: MKN


Penggunaan aplikasi MySejahtera menjadi norma baharu buat masyarakat di negara ini sebagai antara kaedah bagi membantu kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan (KKM), dalam pengawasan penularan wabak COVID19 di Malaysia 

Aplikasi MySejahtera merupakan satu instrumen penting bagi memperkasa orang ramai menerusi maklumat terkini COVID19 dan nasihat kesihatan, akan membolehkan KKM mengambil tindakan yang cepat dan tepat untuk mengenal pasti serta memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID19 dalam masyarakat.

Teruskan mematuhi SOP PKPP supaya kita semua dapat putuskan penularan wabak COVID19.

Sumber: MKN



Post a Comment

0 Comments