MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Amalan Mudah Bayar Hutang


Petang tadi ustazah Asma Harun berkongsi cara beliau menyelesaikan hutang. Antara sebab kita perlu bersungguh membayar hutang sebagai persediaan untuk mati.

Cara yang ustazah buat ialah sebelum solat sunat hajat lakukan solat sunat taubat.

Bertaubat atas sebab hutang mengikut nafsu. Ye kawan, ada hutang rumah, hutang kereta dan macam-macam hutang lagi.

Kemudian lakukan solat hajat khusus untuk meminta kepada Allah melunaskan hutang.  Sebut dengan jelas berapa hutang yang kita ada dan dengan siapa kita berhutang.

Selesai solat zikir menyebut nama Allah, Ya wasi', Ya Fattah dan Ya Razzaq. Maksudnya Wahai Allah yang melapangkan, yang membuka pintu dan yang memurahkan rezeki.

Subhanallah, kita ni banyak hajat. Saya dapat sesuatu dari perkongsian ustazah, banyak sangat hajat tapi dihimpunkan pada satu solat sahaja. Allahu alangkah indah satu hajat satu solat.


Kredit : @ustazahasmaharun

Post a Comment

0 Comments