MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Majlis Akad Nikah Dalam Talian (Online) Pertama Di Wilayah Persekutuan


MAJLIS AKAD NIKAH DALAM TALIAN (ONLINE) PERTAMA DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Alhamdulillah, dengan garis panduan yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang berpandukan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara,

Majlis Pernikahan Muhammad Don Haadi bin Don Putra dan Nahdatul Aishah binti Mohd. Shariff selamat dilangsungkan secara dalam talian (online).

Menariknya, tempoh masa yang di ambil kurang dari 15 minit. Usaha ini selari dengan keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang membenarkan majlis akad nikah secara dalam talian bagi kes yang tertentu dan khusus.

Selamat Pengantin Baharu Don Haadi dan Nahdatul Aishah. Moga berbahagia hingga ke syurga. Saya ingin mengucapkan tahniah atas insiatif JAWI dan semua pihak yang terlibat dalam majlis yang bersejarah ini.


Pautan ke Youtube: https://t.co/E003RTRyjj

Sumber : @drzul_albakri

Kenyataan Media : Majlis Akad Nikah Secara Sidang Video (Video Conference) Oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).


Sumber : @myJAWIKL


Post a Comment

0 Comments