MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tanggungjawab Rakyat Malaysia Semasa Wabak COVID-19


Rakyat Malaysia, ini tanggung jawab anda:

1.Mengamalkan tahap kebersihan yg optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitiser). Ini merupakan cara yang efektif dalam memutuskan transmisi jangkitan penyakit.

2.Mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta merta. Ini dapat mengelakkan penularan jangkitan penyakit kepada orang lain.

3.Menangguhkan penganjurkan perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering).

4.Tidak menghadiri perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering).

5.Mengamalkan jarak sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

6.Menangguhkan perjalanan ke wilayah atau bandar yang diisytiharkan mengalami penularan wabak COVID-19 di Republik Rakyat China (seperti yang dimaklumkan sebelum ini)

mahupun di Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran. Ini bagi mengelakkan diri dari terdedah dengan jangkitan penyakit.

KKM akan mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa dan hanya maklumat yang dikeluarkan KKM adalah sahih.  

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Post a Comment

0 Comments