MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Sekatan Perjalanan Ke Malaysia Semasa Wabak COVID-19


Kabinet Malaysia putuskan sekatan perjalanan sepenuhnya ke atas semua rakyat Itali, Iran, Korea Selatan serta warga asing lain yang datang dari negara tersebut daripada memasuki Malaysia atau transit di mana-mana PMA berkuatkuasa 13 Mac. - Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Adham Baba.

Sekatan perjalanan terhadap tiga wilayah di China iaitu Hubei, Zhejiang dan Jiangsu serta Hokaido, Jepun, adalah kekal.- Menteri Kesihatan, YB Dato' Seri Dr Adham Baba.

Rakyat Malaysia, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang tiba dari Itali, Iran dan Korea dikenakan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah selama 14 hari. - Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Dr Adham Baba.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

12 Mac 2020

1. Kerajaan mengenakan sekatan perjalanan sepenuhnya kepada rakyat Denmark daripada memasuki Malaysia atau transit di mana-mana pintu masuk antarabangsa. 

2. Rakyat Malaysia dinasihat supaya tangguhkan perjalanan ke Denmark jika perjalanan itu tidak mendesak atas faktor risiko mendapat jangkitan semasa berada di negara berkenaan.

3. Rakyat Malaysia, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang tiba dari Denmark akan dikenakan perintah 'home quarantine' 14 hari. 

Kesemua perintah ini berkuatkuasa 14 Mac 2020.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


13 Mac 2020

Bermula hari ini, rakyat dari Iran, Itali dan Republik Korea tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Warganegara lain yg datang dari tiga negara itu juga tidak dibenarkan masuk dan tidak dibenarkan transit di pintu masuk antarabangsa.

Sekatan yang telah diumumkan sblm ini, kekal.

Kerajaan mengkaji sekatan sepenuhnya terhadap sesebuah negara  dari semasa ke semasa. Salah satu faktor diambil kira ialah kadar peratusan kematian.

Sekatan sepenhnya kpd tiga wilayah di atas (infografik) yg mencatatkan kes dan kadar kematian tinggi. Walaupun kita tidak sekat wilayah lain, kemasukkan pelawat dari China telah menurun.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)





Post a Comment

0 Comments