MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pakej Selangor Prihatin Bagi Menangani Kesan COVID-19


Pakej Selangor Prihatin bagi menangani kesan Covid-19 berjumlah RM 127.78 juta telah diumumkan. Kerajaan Negeri prihatin dengan nasib para petugas kesihatan, golongan penjaja dan peniaga, mahasiswa, penyewa dan usahawan yang terkesan dengan wabak ini.

Khusus buat para petugas perubatan baris hadapan di seluruh hospital kerajaan di Selangor, insentif khas berjumlah RM 200 kepada hampir 6,000 petugas serta bantuan makanan sehingga 31 Mac 2020. Bantuan ini berjumlah RM 1.2 juta.

Khusus buat penjaja dan peniaga berlesen yang menerima kesan wabak Covid-19, Kerajaan Negeri memberi insentif khas berjumlah RM 500 kepada 80,000 peniaga / penjaja. Ini bagi mengurangkan beban mereka di saat getir ini. Bantuan ini berjumlah RM 40 juta.

Bantuan khas berjumlah RM 200 kepada mahasiswa/siswi Negeri Selangor yang menuntut di Sabah & Sarawak bagi memudahcara urus diri mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini. Bantuan ini berjumlah RM 500,000.

Penangguhan bayaran balik pinjaman HIJRAH buat 40,000 usahawan Negeri Selangor selama 3 Bulan. Ini bagi meringankan beban para usahawan skim mikro-kredit HIJRAH Selangor ketika saat getir ini. Inisiatif ini berjumlah RM 70 juta. 

Penangguhan pembayaran sewa buat peserta Skim Smart Sewa Selangor seramai 2,700 orang. Kebanyakan peserta ini adalah golongan B40 yang terhimpit akibat kesan wabak Covid-19. Inisiatif ini akan meringankan beban mereka. 

Melanjutkan tempoh akhir bayaran cukai tanah dan cukai petak selama sebulan sehinggan 30 Jun 2020. Ini melibatkan semua pihak. Kerajaan Negeri mengambil maklum keadaan ekonomi semasa dan bersetuju melanjutkan tempoh pembayaran. 

Meningkatkan had belanja ADUN Selangor dari RM 20,000 kepada RM 30,000. Peruntukan ini boleh digunakan bagi membeli barang keperluan seperti beras, tepung, susu, gula dan makanan dalam tin untuk rakyat di DUN masing-masing. 

Sumber : Twitter Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor)


Post a Comment

0 Comments