MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Obor-obor Beracun (Physalia physalis) / Portuguese Man Of War Muncul Di Malaysia




Kemunculan Populasi Obor-obor Beracun (Physalia physalis) di Perairan Pantai Terengganu

Obor-obor beracun atau dikenali sebagai Portuguese Man Of War merupakan hidupan marin spesies Physalia physalis. Obor-obor yang bersaiz kecil ini kali pertama ditemui hanyut dan terdampar di perairan Terengganu. Morfologi spesies ini kecil dan cantik seakan plastik akan menarik sesiapa sahaja untuk menyentuhnya. Walau bagaimanapun, hidupan marin ini sangat berbahaya dan beracun.

Taburan Populasi

Physalia physalis menghuni habitat Lautan Atlantik, Lautan Hindi serta Lautan Pasifik. Namun begitu, sejak kebelakangan ini, hidupan marin ini turut dijumpai di perairan Thailand, Kuantan, Pulau Tioman dan Sabah. Terkini, spesies ini juga dijumpai di perairan pantai Terengganu seperti di Pantai Pulau Kekabu (Marang), Pantai Pandak Chendering dan Pantai Batu Buruk (Kuala Terengganu), Pantai Bari dan Pantai Rhu Sepuluh (Setiu). Hal ini berlaku kerana spesies ini hanyut dibawa arus deras dan ombak besar pada musim tengkujuh yang melanda Pantai Timur.

Selain itu, air ‘balast’ dalam setiap kapal dagang (dalam tangki pengimbang) kebiasaannya disedut dari pelbagai negara tropika menyebabkan risiko obor-obor berbahaya ini tutur disedut, dibawa dan dilepaskan dalam perairan Malaysia ketika adalah sangat tinggi.

Ancaman Physalia physalis

Bagi pengunjung-pengunjung di pantai yang menjumpai spesies obor-obor ini, mereka dinasihatkan untuk tidak menyentuh atau berenang di kawasan yang terdapat spesies ini. Hal ini kerana, obor-obor yang telah mati di pantai masih mempunyai bisa. Physalia physalis memiliki sengatan berbisa dan boleh membawa kematian. Ia mempunyai ribuan sel penyengat yang boleh menyebabkan rasa sakit yang melampau jika terkena pada badan.


Tiada antivenom untuk bisa yang disebabkan oleh sengatan spesies ini. Rawatan yang diberikan hanyalah berbentuk ubat penahan sakit bagi melegakan simptom.


Sumber : majalahsains.com

Post a Comment

0 Comments