Bagi
membantu perniagaan dan isi rumah yang terjejas oleh wabak COVID-19, Bank
Negara Malaysia (BNM) memperuntukkan kemudahan pembiayaan berjumlah RM3.3
bilion di bawah Tabung BNM untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Kemudahan pembiayaan ini bertujuan untuk menyediakan sokongan kepada PKS dalam
meneruskan operasi perniagaan, mengekalkan pekerjaan dan menggalakkan pelaburan
dalam negeri.
PKS yang
berminat boleh memohon tiga jenis kemudahan pembiayaan seperti yang berikut:
- Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF), dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion, bagi membantu meringankan beban aliran tunai jangka pendek PKS yang terjejas oleh wabak COVID-19. PKS yang layak boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM1 juta dengan tempoh pembiayaan sehingga 5.5 tahun, termasuk enam bulan tempoh penangguhan bayaran balik. Kadar pembiayaan ditetapkan tidak melebihi 3.75% setahun. Permohonan untuk SRF dibuka mulai 6 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2020.
- Kemudahan Agromakanan (Agrofood Facility, AF), dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion, untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara dan untuk eksport. PKS yang layak boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM5 juta dengan tempoh pembiayaan sehingga lapan tahun. Kadar pembiayaan ditetapkan tidak melebihi 3.75% setahun. Permohonan AF dibuka mulai 6 Mac 2020.
- Kemudahan Automasi dan Digital PKS (Automation and Digitalisation Facility, ADF), dengan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk menggalakkan PKS mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi mereka bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan. PKS yang layak boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM3 juta dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Kadar pembiayaan adalah pada 4.00% setahun. Permohonan untuk ADF dibuka mulai 6 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2020.
PKS yang
berminat boleh memohon terus daripada institusi kewangan peserta yang terdiri daripada
bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan yang
dikawal selia oleh BNM. PKS juga boleh membuat permohonan secara dalam talian
menerusi platform rujukan pembiayaan perniagaan di imsme.com.my.
Institusi
kewangan peserta boleh mendapatkan perlindungan jaminan daripada Credit
Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) atau Syarikat Jaminan Pembiayaan
Perniagaan Berhad (SJPP) bagi kemudahan pembiayaan ini.
Pembiayaan
dan Sokongan Berterusan daripada Institusi Kewangan
Institusi kewangan juga komited untuk menyokong perniagaan dan isi rumah yang terjejas. Akses kepada pembiayaan yang lebih luas terus disediakan. Institusi kewangan menjangka akan meluluskan sebanyak kira-kira RM200 bilion pembiayaan perniagaan kepada PKS yang berdaya maju dan pembiayaan perumahan kepada isi rumah yang layak pada tahun 2020.
BNM
mengalu-alukan usaha oleh institusi kewangan yang secara proaktif telah
menyediakan bantuan kepada perniagaan yang berdaya maju dan isi rumah yang
sedang menghadapi masalah kewangan sementara, dengan menstrukturkan dan
menjadualkan semula kemudahan pembiayaan mereka, termasuk memberikan
penangguhan (moratorium) bayaran balik pembiayaan. Pengendali insurans dan
takaful juga turut memberikan jaminan bahawa pemegang polisi akan mendapat
perlindungan bagi kemasukan ke hospital dan rawatan yang berkaitan dengan
COVID-19 di hospital kerajaan dan swasta.
Orang
ramai dinasihati supaya menghubungi terus pusat khidmat pelanggan institusi
kewangan mereka bagi sebarang pertanyaan atau bantuan. Orang ramai juga boleh
menghubungi TELELINK Bank Negara Malaysia melalui talian 1-300-88-5465 untuk
maklumat lanjut atau bantuan.
Ciri-ciri
Kemudahan Pembiayaan BNM untuk Membantu PKS Malaysia
Kemudahan Bantuan Khas (SRF)
|
Kemudahan Agromakanan (AF)
|
Kemudahan Automasi dan Digital
PKS (ADF)
|
|
Peruntukan
|
RM2 bilion
|
RM1 bilion
|
RM300 juta
|
Objektif
|
Meringankan beban aliran tunai jangka pendek yang
dihadapi PKS yang terjejas oleh wabak COVID-19
|
Meningkatkan pengeluaran makanan negara dan untuk
eksport
|
Menggalakkan PKS untuk mengautomasikan proses dan
mendigitalkan operasi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan.
|
Kelayakan
|
PKS[1] Malaysia yang terjejas oleh
COVID-19
|
PKS Malaysia
|
PKS Malaysia
|
Tujuan
|
Modal kerja
|
|
Membeli kelengkapan, mesin, perkakasan dan
perisian komputer, solusi dan perkhidmatan IT, perkhidmatan sokongan
teknologi dan aset tak ketara lain untuk meningkatkan produktiviti dan
kecekapan
|
Kadar pembiayaan
|
Sehingga 3.75% setahun (termasuk sebarang fi
jaminan)
|
Sehingga 3.75% setahun
(termasuk sebarang fi jaminan) |
4.00% setahun
(termasuk sebarang fi jaminan) |
Jumlah pembiayaan maksimum
|
RM1 juta setiap PKS
|
RM5 juta setiap PKS
|
RM3 juta setiap
PKS |
Tempoh pembiayaan maksimum
|
5.5 tahun, termasuk 6 bulan penangguhan
(moratorium) bayaran balik pembiayaan
|
8 tahun
|
10 tahun
|
Tempoh penyediaan kemudahan
|
6 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020
|
Mulai 6 Mac 2020
|
6 Mac 2020 hingga
31 Disember 2020 |
Bank
Negara Malaysia
27 Februari 2020
27 Februari 2020
Sumber : www.bnm.gov.my
0 Comments