Soalan: Bagaimana dengan majlis kenduri yang banyak akan di adakan sempena cuti sekolah dalam suasana wabak COVID19?
Jawapan: Perancangan kenduri mungkin sudah dilakukan oleh tuan rumah lebih setahun dulu. Semestinya tanpa ada pengetahuan tentang wabak COVID19 ini. Untuk sebuah silaturrahim, untuk meraikan majlis, tuan rumah dan bakal pengantin ( sekali seumur hidup), Sy berpandangan, sekiranya kita sihat dan tidak batuk/ selsema, boleh hadir dengan beberapa langkah seperti berikut:
1. Seeloknya hadir hanya bersama pasangan, tidak membawa bersama anak2 (bawah 12 tahun) kerana mereka berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan disebabkan sistem imun badan yg masih rendah
2. Elakkan waktu puncak, mungkin awal waktu dan lewat waktu lebih sesuai.
3. Hadkan tempoh, tidak perlu berbual panjang
4. Teknik salaman dgn meletakkan tangan di dada lebih selamat.
5. Elakkan duduk semeja dengan tetamu yg ber "mask" dan kelihatan tidak sihat
6. Tuan rumah menyediakan hand sanitizer dlm bentuk spray beberapa botol
7. Mungkin boleh diletakkan tabung berkunci di meja bahagian pintu utama menggantikan salam "kaut"
Perlu di ingat virus ini tidak disebarkan melalui makanan. Jadi insyaAllah selamat untuk makan di kenduri.
Noraziah M Zin
Pensyarah Mikrobiologi Perubatan
Program Sains Bioperubatan Fakulti Sains Kesihatan
UKM
12 Mac 2020
0 Comments