Buat julung kalinya McDonald’s Malaysia telah mengadakan majlis konvokesyen untuk meraikan 49 orang belia yang telah menamatkan latihan dalam Program Perantis Vokasional McDonald’s yang disempurnakan oleh Dato’ Amir bin Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.
Program ini merupakan kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia berdasarkan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan para perantis ini dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan Tahap 3.
Seterusnya melayakkan para graduan untuk mengembangkan kerjaya mereka sama ada di McDonald’s atau dalam industri perkhidmatan makanan di Malaysia.
Akademi Vokasional McDonald’s ini jelas menunjukkan komitmen McDonald’s Malaysia terhadap pembangunan bakat belia.
Sekaligus menyokong agenda kerajaan ke arah mengatasi isu pengangguran anak muda. Semoga lebih ramai anak muda menyertai program seperti ini sebagai platform membina dan mengembangkan kerjaya mereka!
Sumber : Kementerian Sumber Manusia (KSM) Twitter
0 Comments