Semenjak wabak COVID-19 melanda Malaysia
akhir-akhir ini menyebabkan rakyat Malaysia melakukan pembelian panik di banyak pasar raya
susulan peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 beberapa hari ini.
Antaranya di pasar raya Giant di Wangsa Maju,
Kuala Lumpur dan NSK di Klang, Selangor - orang ramai dilihat berebut-rebut
membeli barangan keperluan asas, menyebabkan suasana sesak sekitar premis
terbabit.
Namun situasi ini hanya mengundang suasana yang
kurang baik dan perlu dihentikan kerana kerajaan Malaysia telah mengambil
langkah yang sepatutnya dalam menangani situasai ini.
Berikut dikongsikan lima (5) sebab penting
hentikan panic buying
- Bekalan barang kawalan makanan asas cukup
- Anda masih boleh keluar beli barang keperluan
- Bekalan cukup untuk semua, jika kita berkerjasama tidak beli secara panik
- Membeli berlebihan merugikan sahaja, kerana barangan ada tempoh hayat
- Pembelian panik mewujudkan manipulasi haraga & bekalan dalam pasaran
Marilah kita bersama-sama membantu diri
sendir, keluarga, masyarakat dan pihak berautoriti dalam mengurangkan/menghapuskan
wabak COVID-19 seterusnya keadaan baik seperti sediakala.
Sumber: KPDNHEP, Malaysiakini dan Admin
0 Comments