Terdapat satu kes baharu Polio melibatkan kanak-kanak lelaki bukan warganegara berumur tiga tahun di Sandakan, Sabah.
Kanak-kanak ini tidak pernah menerima vaksin polio sejak lahir.
Sehingga 8 Mac 2020, secara keseluruhan, terdapat 4 kes yang telah disahkan polio di Sabah.
Empat kes yang disahkan polio ini melibatkan kanak-kanak berumur tiga bulan dari Tuaran; tiga dan lapan tahun dari Sandakan dan 11 tahun dari Kinabatangan.
Hanya satu kes yang masih dirawat di hospital iaitu kanak-kanak berumur tiga bulan dari Tuaran.
Kanak-kanak ini berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan alat bantuan pernafasan.
Tiga daripada empat kes ini merupakan bukan warganegara, yang tidak pernah menerima vaksin polio. - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah @DGHisham
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Admin mengingatkan bersama agar dapatkan vaksin polio secara percuma di klinik kesihatan berhampiran bagi keselamatan dan kesejahteraan bersama.
0 Comments