WASPADA:
Orang
ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan emel spam
kononnya berkaitan Koronavirus yang kini sedang hangat diperkatakan.
Dari hasil
penelitian dan semakan yang dibuat oleh MCMC, menurut The Star, para penyelidik
bersama IBM X-Force dan Kaspersky mendapati bahawa penggodam menghantar emel
spam kepada umum dengan harapan dapat menjangkiti telefon pintar dan komputer
dengan perisian berbahaya.
Perisian ini
menyamar sebagai maklumat berkenaan koronavirus.
Penggodam sering
menggunakan peristiwa semasa dan perbualan yang menarik untuk membolehkan orang
membuka emel, memuat turun lampiran atau URL pautan. Oleh sebab
koronavirus adalah topik yang sedang hangat diperkatakan, tidak hairan topik
‘Koronavirus’ digunakan oleh penggodam.
Jika penerima
membuka email tersebut, perisian berbahaya akan mengambil data peribadi dan
mungkin akan memasang perisian berbahaya yang lain. Ini bermaksud penggodam
boleh mendapatkan akses kepada fail peribadi anda dan menyalinnya.
Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk
menggagalkan serangan berkaitan koronavirus dan percubaan penggodam yang lain.
Sentiasa
berhati-hati. Jangan buka pautan
yang dihantar kepada anda melalui teks atau e-mel, dan jangan muat turun
lampiran yang tidak pernah anda minta.
Pastikan
hanya memasang kemaskini rasmi (‘official update’).
Gunakan
kata laluan selamat. Pengesahan
dua faktor merupakan idea yang baik.
Jalankan
perisian antivirus pada telefon pintar anda. Aplikasi ini melindungi peranti anda dari virus dan malware
lain, dan perkhidmatan premium mengunci tetapan privasi anda dan mengimbas
aplikasi dan fail untuk ancaman keselamatan.
Sumber : sebenarnya.my
0 Comments