Seperti
yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2019, Kerajaan akan meneruskan program
Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk menjaminkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan
membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup mereka.
Bagi
pemohon bujang dan OKU dengan pendapatan bulanan sebanyak RM2,000 dan ke bawah, nilai
geran adalah RM300 dan diberikan secara sekali bayaran (one-off).
Nilai
geran BSH ialah RM1,000 untuk pasangan suami isteri dengan pendapatan isi rumah
bulanan sebanyak RM2,000 dan ke bawah, RM750 bagi mereka yang berpendapatan
RM2,001-RM3,000, RM500 bagi mereka yang berpendapatan RM3,001-RM4,000 dan
tambahan RM120 setiap kanak-kanak (terhad kepada empat orang kanak-kanak
sahaja).
Tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 adalah bermula pada 1 Februari 2020 sehingga 15 Mac 2020
Bayaran ini dijadualkan untuk tiga fasa - Januari, Mei dan Ogos 2020.
Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serta emel kepada bsh@treasury.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai BSH dan syarat kelayakan.
Log Masuk BSH 2020
Panduan Pendaftaran BSH 2020
Permohonan Baru Dan Kemaskini BSH 2020
Borang Permohonan BSH 2020
Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan BSH 2020
Semakan Status BSH 2020
Pendaftaran Baru
Permohonan BSH 2020
- Pendaftaran MyBSH (bagi pemohon yang telah mempunyai rekod BSH) telah boleh dibuat pada Menu MyBSH mulai 22 Januari 2020. Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBSH 2020 atau FAQ Pendaftaran MyBSH 2020.
- Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.
- Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
- Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
- Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
- Elaun Pekerja Cacat
- Bantuan Penjagaan OKU
- Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
- Bantuan Orang Tua
- Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
- Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
- Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
- Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
- Maklumat BSH 2020 yang akan menyusul untuk paparan dan sebagai informasi kepada umum adalah seperti berikut:
- Permohonan melalui dalam talian
- Panduan Pengguna bagi permohonan dalam talian
- Borang Permohonan BSH 2020 Yang Boleh Dimuat turun
- Panduan Pengguna Pengisian Borang
- Soalan Lazim (FAQ)
Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020
- Pemohon BSH yang layak menerima bayaran Fasa Pertama adalah Pemohon berstatus Lulus BSH 2019 (Kategori Isi Rumah) yang melepasi beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya Status Pemilikan Kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
- Tarikh dan kaedah pembayaran
- Tarikh bayaran Fasa Pertama BSH 2020 mulai 20 Januari 2020
- Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara
- Pengkreditan terus ke akaun; atau
- Tunai di kaunter BSN (termasuk kategori pedalaman Sabah Sarawak) – mulai 1 Februari 2020
Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK)
BSH 2020
- SKK BSH 2020
- Tuntutan SKK BSH 2020 layak dituntut oleh waris bagi pemohon (layak menerima Fasa Pertama BSH 2020) yang meninggal dunia mulai 1 Januari 2020 hingga 31 Januari 2020.
- Tuntutan SKK boleh dibuat mulai 1 Februari 2020 di Bank Simpanan Nasional (BSN).
- SKK BSH 2019
- Untuk makluman, tarikh akhir tuntutan SKK BSH 2019 bagi pemohon yang meninggal dunia sehingga 31 Disember 2019 adalah pada 31 Januari 2020. Tuntutan boleh dibuat di Cawangan BSN yang berhampiran.
Sumber : Kementerian Kewangan
0 Comments