Mungkin anda diperkenalkan dengan watak Mulan melalui filem animasi Disney dengan nama yang sama. Pada tahun hadapan Disney pula bakal menayangkan filem terbaru Mulan yang dijangka pada bulan Mac 2020.
Walau
bagaimanapun, adakah anda tahu bahawa kisah Mulan diambil daripada kisah
lagenda dari negara China.
Hua Mulan
adalah seorang pejuang wanita yang hidup semasa Dinasti Utara dan Selatan di
antara tahun 420 dan 589 CE dan kisah beliau diceritakan melalui cerita
bertajuk "Ballad of Mulan". Tidak dipastikan sama ada kisah tersebut
adalah benar atau pun fiksyen tetapi kisahnya menjadi inspirasi kepada semua
wanita sepanjang zaman. Nama beliau juga telah digunakan untuk menamakan satu
kawah di permukaan planet Venus.
Terdapat
beberapa kisah mengenai Hua Mulan sebagai tambahan kepada kisah "Ballad of
Mulan". Seribu tahun selepas itu terdapat satu lagi kisah yang ditulis
oleh Xu Wei mengenai sebuah kisah dari Dinasti Qing yang bertajuk "Sui
Tang Romance" yang berkisar dalam tahun 620 CE semasa permulaan Dinasti
Tang.
Kisahnya
mengenai seorang lagi pejuang wanita bernama Dou Xianniang yang menjadi saudara
perempuan Mulan atau dipanggil laotong. Versi pertama kisah tersebut ditulis
pada kurun ke-6 bertajuk "Musical Records of Old and New" yang
kemudiannya menjadi sebahagian daripada cerita rakyat orang China.
Menurut
puisi yang asli, Hua Mulan sedang duduk di dalam kamarnya semasa ahli keluarga
lelaki diarah untuk menjadi askar untuk mempertahankan negara. Beliau tidak
mahu ayahnya yang sudah tua dan sakit untuk menjadi askar manakala adik
lelakinya pula masih terlalu muda. Oleh itu beliau mengambil tempat ayahnya
untuk menjadi askar selepas mendapat restu dari ibunya.
Selepas
itu Mulan menjadi seorang pejuang wanita yang terlatih dalam seni
mempertahankan diri, bermain pedang dan memanah selepas berjuang selama 12
tahun. Selepas itu beliau ditawarkan jawatan yang rasmi tetapi beliau hanya
meminta seekor unta untuk menghantar beliau pulang. Apabila beliau memakai
pakaian tradisional wanita barulah beberapa rakan askar mengetahui bahawa
beliau seorang perempuan.
Di dalam
versi "Sui Tang Romance yang mula dikeluarkan pada tahun 1695, Mulan
mempunyai adik-beradik perempuan dan seorang bayi lelaki, menyebabkan beliau
mengambil-alih tempat ayahnya yang bernama Hua Hu sebagai askar. Anak kepada
raja juga seorang pejuang wanita bernama Xianniang. Beliau juga teruja apabila
mengetahui bahawa Mulan seorang wanita yang juga berjuang dan akhirnya mereka
menjadi laotong. Malangnya dalam versi kisah ini, raja tersebut telah
dijatuhkan dan mereka menyerah diri dan dijatuhkan hukuman bunuh. Walau
bagaimanapun, mereka tidak terbunuh dan ibu maharaja memberikan Mulan wang
untuk keluarganya. Ayah Mulan mati tanpa kehadirannya dan ibunya berkahwin
lain. Mulan pula diarahkan untuk menjadi gundik raja dan akhirnya beliau
membunuh diri.
Terdapat
beberapa versi filem kisah Hua Mulan, dimana yang pertama ditayangkan pada 1927
berserta dengan lakonan teater opera. Filem animasi versi China pernah
ditayangkan pada 1998 dimana wataknya boleh bercakap dengan haiwan. Filem
animasi Disney sebenarnya telah memperkenalkan kisah Mulan kepada dunia
Barat dan peminat kemudiannya menonton sekuel filem animasi tersebut iaitu
Mulan II.
Terdapat
beberapa buku mengenai kisah Mulan dan watak beliau juga digunakan dalam komik
"Deadpool Killustrated" pada tahun 2013, dimana beliau bersama rakan
lain berjuang untuk menghalang Deadpool daripada membunuh karakter sastera.
Disney
sedang membuat filem aksi hidup mengenai kisah Mulan yang akan ditayangkan pada
27 Mac 2020. Filem ini akan dibintangi oleh Liu Yifei sebagai Mulan, Donnie Yen
sebagai mentor, Jason Scott Lee, Gong Li, Jet Li dan Tzi Ma. Xana Tan akan
berlakon sebagai Hua Xiu kakak Mulan. Filem ini diarahkan oleh Niki Caro.
Benar
atau tidak, kisah Hua Mulan adalah kisah teladan mengenai perjuangan seorang
wanita yang memilih untuk melanggar tradisi dan berjuang demi untuk ayahnya.
Sumber:
Syfy.com dan Lamanfo.com
0 Comments