Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan kepada pemandu Teksi / E-Hailing agar mengambil langkah berjaga-jaga kesan daripada situasi koronavirus 2019 dengan panduan seperti di bawah :
- Gunakan penutup mulut dan hidung setiap masa
- Buka tingkap kenderaan sekiranya perlu
- Galakkan penumpang bergejala untuk pakai penutup mulut dan hidung
- Sediakan tisu, hand sanitizer dan tong sampah bertutup
- Basmi kuman di dalam dan di luar kenderaan selepas menurunkan penumpang bergejala
Semoga bermanfaat kepada pemandu Teksi dan E-Hailing dalam menjalankan aktiviti harian, langkah pencegahan dan saranan ini juga memberikan manfaat kepada diri sendiri dan keluarga.
Sumber : KKM
0 Comments