Pertama kalinya menjejak kaki ke Restoran Anjung Soka yang terletak di Kinarut, Papar.
Bagi mereka yang ingin santai bersama kawan - kawan atau keluarga sambil menghirup udara di tepi pantai dan melihat pemandangan yang menarik melihat keindahan ombak memecah tepi pantai dan laut yang mempersonakan tak jemu mata memandang keindahan Allah SWT Restoran Anjung Soka adalah salah satu tempat yang perlu dikunjungi.

Restoran ini terletak di Kawasan Kampung, jarak dari jalan utama hanya seminit menggunakan kenderaan dan hanya sebuah kenderaan boleh lalu di laluan untuk ke restoran ini.
Selain hidangan Nasi D'Nyiru yang menjadi pilihan pengunjung, di samping menu Sayap Ayam Panggang, Pisang Goreng, Burger, Air Kelapa Muda dan banyak lagi, restoran ini juga menyediakan ruangan karaoke dan hanya dikenakan caj sebanyak RM2 bagi sebuah lagu yang dipilih oleh pengunjung dan dinyanyikan sendiri oleh pengunjung.
Kereta Api Atas Pasir perkhidmatan yang pastinya bagi kanak-kanak ingin menaikainya dengan caj RM5 bagi satu kepala bagi mereka yang mempunyai kemampuan kewangan bolehlah mencubanya.
Bagi pengunjung yang belum pernah ke restoran ini apa kata anda cuba bagi menikmati sendiri suasana persekitaran di tepi pantai sambil menikmati hidangan yang disediakan.
Bagi pengunjung yang belum pernah ke restoran ini apa kata anda cuba bagi menikmati sendiri suasana persekitaran di tepi pantai sambil menikmati hidangan yang disediakan.
0 Comments