Apabila Tabung Haji (TH) bina Hotel, TH gunakan duit pendeposit sebagai modal. Membina bangunan/struktur hotel ini yang paling cepat dapat untung adalah kontraktor yang bina bangunan terbabit. Sebab semua bayaran dilunaskan TH tanpa tertangguh.
Selepas bina, TH akan kembali menanggung segala kos pengurusan Hotel tersebut. Lalu ditubuhkan THHR untuk menjalankan operasi hotel. THHR menyewa bangunan tersebut dengan TH pada kadar sewaan yang paling minimum.
Pendapatan TH dalam bisnes perhotelan ini hanyalah bersumberkan sewa yang dibayar THHR. Dari segi pendapatan kepada TH, bisnes hotel ini hanya menyumbang 1% sahaja kepada TH.
Untuk memberi hibah yang baik kepada semua pendeposit, termasuk menanggung subsidi haji, setiap pelaburan TH mestilah menjana pendapatan 4% keatas. Pelaburan dalam hotel hanya menjana pendapatan sekitar 1%. Ia merupakan pelaburan yang tidak strategik di peringkat awal lagi.
Dibawah skim pemulihan TH, mana-mana aset yang menjana pendapatan bawah 2.5% dicadangkan untuk dilepaskan atau dijual. Namun persoalannya siapa nak beli?
Itulah timbul SPV, anak syarikat bawah kerajaan yang beli pada harga premium. Iaitu harga modal campur unjuran untung. Timbullah konsep pindah milik untuk pemulihan.
UJSB dilantik sebagai SPV. UJSB diminta untuk mengambil alih kesemua aset-aset yang hanya memberi pendapatan bawah 2.5% ini dan jalankan operasi sehingga mencapai untung yang ditarget. Apa TH dapat? Modal dan untung selama hampir 25 tahun jika TH jalankan sendiri operasi.
Apabila TH dapat balik modal buat bangunan tersebut dan tambahan keuntungan, proses seterusnya adalah untuk melabur dalam bisnes yang lebih menguntungkan. Disinilah kita akan nampak kebijaksanaan Datuk Seri Dr Mujahid melantik Nik Hasyudeen yang merupakan bekas orang kuat Suruhanjaya Sekuriti. Nik Hasyudeen ini diberi tugas besar untuk memastikan TH melabur dalam bisnes yang betul-betul mampu menjana keuntungan. Bukan bisnes yang dibuat semata-mata memberi keuntungan ahli dan parti politik tertentu. Seperti contoh pembinaan hotel-hotel ini.
Sewaktu awal pemulihan dulu pula, Datuk Seri Zukri yang diberi peranan untuk proses pemulihan kerana beliau antara pakar dalam memulihkan syarikat kerajaan yang bermasalah. Proses pemulihan ini telah berjaya membawa masuk RM 19.8 bilion kepada TH.
Harta-harta yang dah diserah kepada UJSB apa jadi? UJSB akan uruskan dan TH tak perlu pening lagi. JIKA satu masa, UJSB mahu menjual aset tersebut pihak pertama yang WAJIB UJSB offer adalah kepada TH. Jika TH tidak mahu meneruskan pembelian aset tersebut, barulah UJSB boleh menjualkannya kepada mana-mana pihak yang bersesuaian.
Inilah maksud proses pemulihan TH termasuk isu hotel TH yang sedang hangat diperkatakan sekarang...
Admin percaya sumber maklumat di atas ada rasionalnya.
Sumber : WhatsApp
0 Comments