Bil
Elektrik RM40 adalah program khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar dan
miskin selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.
Penerima yang layak adalah Ketua Isi Rumah yang tersenarai dan disahkan di
bawah kategori miskin tegar dan miskin dalam Sistem eKasih Unit Penyelarasan
Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Program
Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan program baharu yang telah diperkenalkan bagi
menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang telah dilaksanakan sejak
tahun 2008. Dengan pengenalan program baharu ini, pengguna tidak lagi menerima
Rebat Bil Elektrik RM20, sebaliknya akan menerima rebat bil elektrik yang lebih
tinggi sehingga RM40 sebulan sekiranya tersenarai sebagai miskin tegar dan
miskin dalam sistem eKasih ICU JPM. Hubungi 03-8000 8000 untuk maklumat lanjut
mengenai program ini.
Dalam ruangan ini dikongsikan proses bagi permohonan
di Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kerana Admin pernah berurusan dengan
Pejabat SESB berhampiran berkenaan proses bagi mendapatkan Program Rebat Bil
Elektrik RM40.
Berikut di kongsikan proses bagi pemohon yang layak
mendapatkan Program Rebat Bil Elektrik :-
- Datang ke Pejabat Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berhampiran dan isi borang maklumat yang diperlukan. - Sila dapatakan maklumat lanjut tempoh masa tapisan permohonan akan diluluskan oleh pihak SESB.
- Semak permohonan sama ada diluluskan atau tidak di : Semakan Rebat Bil Elektrik
- Sekiranya diluluskan dapatkan Borang seperti di bawah di Pejabat SESB berhampiran isi dengan lengkap, sertakan sekali salinan Kad Pengenalan dan salinan Bil Elektrik pemohon.
Seterusnya tunggu bil elektrik bulan berikutnya bagi memastikan kemaskini telah dibuat oleh pihak SESB dan kelayakan memperolehi Rebate Elektrik RM 40.
Bagi mereka yang telah berdaftar dengan e-kasih dan
layak dalam Program Rebat Bil Elektrik RM40 ambil kemudahan yang disediakan
oleh kerajaan dalam belanjawan Tahun 2019
Untuk menyemak sama ada pemohon telah berdaftar dan sebagai penerima e-kasih klik Semakan Pendaftaran e-Kasih
Mungkin proses yang sama juga bagi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sarawak Energy, bagi pengguna TNB dan Sarawak Energy sila dapatkan maklumat dan berurusan di pejabat berhampiran.
Semoga bermanfaat untuk semua pemohon dan golongan e-kasih.
Sumber : Admin. messtec.gov, e-kasih
0 Comments