Susulan
viral video dari seorang pengguna Facebook yang mendakwa menemui puluhan ulat
dalam produk tin sardin tempatan, Ayam Brand telah mengeluarkan kenyataan
rasminya.
Kami mengambil
maklum tentang video yang tular di media sosial mengenai ulat yang dijumpai di
dalam tin terbuka Ayam Brand mackerel dalam sos tomato.
Pita
video itu telah diperiksa oleh Pihak Kualiti Ayam Brand. Kehadiran ulat hidup
dalam makanan bertin yang tidak rosak adalah mustahil secara saintifik kerana
proses pensterilannya.
Pensterilan
secara konkrit membawa maksud bahawa tin selepas melalui proses pemanasan haba
yang tinggi pada suhu lebih tinggi daripada 10 darjah celcius selama lebih dari
satu jam. Ia akan mewujudkan keadaan kedap udara (tiada oksigen) di dalam tin
yang telah siap dimasak.
Sekiranya
tin itu 'dipenuhi dengan ulat' seperti yang dipaparkan dalam pita video, ini
kerana terdapat kebocoran yang boleh berlaku selepas tin tersebut terjatuh dari
rak di pasar raya.
Walau
bagaimanapun, dalam kes ini jika ulat tersebut telah menetas dan membesar, maka
makanan tersebut akan menjadi busuk dan berbau sebelum pengguna membuka
tin.
Tiada
organisma hidup boleh meneruskan hidup dalam proses sterillisasi. Dari
pengalaman yang lepas, semua penyiasatan kes yang serupa telah menyimpulkan
bahawa benda asing langsung bukan dari produk bertin.
Kami
ingin menasihati orang ramai agar tidak mempercayai dan tidak menyebarkan
maklumat yang memngelirukan.
Produk
Sardin dan Mackerel Ayam Brand adalah 100% diusahkan oleh pekerja tempatan
Malaysia di kilang kami iaitu di Taiping yang merupakan hak milik Ayam Brand
sepenuhnya.
Kilang
Ayam Brand telah melaksanakan sistem HACCP dan ISO 9001:2015 yang diperakui,
diaudit dan disahkan oleh Pihak Berkuasa Malaysia, US FDA dan Pihak Berkuasa Pemakanan
Eropah.
Sardin
dan Mackerel Ayam Brand adalah disahkan halal oleh Pihak Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dan juga disenaraikan sebagai salah satu syarikat yang
bertanggungjawab.
Ayam
Brand adalah jenama yang dipercayai selama 128 tahun kerana sentiasa membawa
kualiti standard yang tinggi.
Sumber : Facebook Ayam Brand
0 Comments