Bank of Korea dan Bank Negara Malaysia hari ini
memeterai perjanjian untuk memperbaharui pengaturan swap KRW/MYR dua hala.
Jumlah bagi pengaturan ini dikekalkan sebanyak 5 trilion KRW/ 15 billion MYR,
iaitu jumlah yang sama di bawah pengaturan sebelumnya yang dimeterai pada 25
Januari 2017. Pengaturan swap ini adalah untuk tempoh tiga tahun dan boleh
dilanjutkan dengan persetujuan bersama antara kedua-dua bank pusat.
Pengaturan ini bertujuan untuk menggalakkan
perdagangan dua hala bagi pembangunan ekonomi kedua-dua negara. Perjanjian ini
akan mengukuhkan lagi kerjasama kewangan antara Republik Korea dengan Malaysia.
Pengumuman ini boleh didapati dalam laman
sesawang yang berikut:
Bank Negara Malaysia: https://www.bnm.gov.my
Sumber: BNM
0 Comments