Masyarakat Malaysia tidak lari dari makanan yang
menggunakan minyak masak sama ada untuk menggoreng, menumis dan sebagainya.
Kaedah menggoreng itu pula terdapat pelbagai cara.
Ada yang menggoreng menggunakan minyak seadanya
ataupun ada yang menggunakan kaedah ‘deep fry” iaitu kaedah memasak yang
memerlukan kuantiti yang lebih sehingga terendam makanan yang hendak
digorengnya.
Jadi, penulisan ini akan difokuskan kepada kaedah
menggoreng secara ‘deep fry’. Penulisan ini tidak berniat untuk menyalahkan
kaedah ‘deep fry’ ini, cumanya hanya ingin mengetengahkan isu penggunaan semula
minyak berkali-kali dengan tujuan mengelakkan pembaziran minyak dan seterusnya
menjimatkan kos pembelian minyak masak.
Tambahan pula, mulai November 2016 kenaikan harga
minyak masak akibat daripada pemansuhan subsisdi minyak masak oleh pihak
kerajaan merunsingkan banyak pihak terutama para peniaga makanan “deep fry”.
Tapi rasanya bukan sahaja peniaga, di rumah-rumah
juga turut menggunakan minyak masak berkali-kali. Ini kerana perkara utama yang
difikirkan adalah penjimatan kos walaupun ada segelintir dari kita yang tahu
tentang bahayanya penggunaan semula minyak masak ini.
Tapi itulah, kebanyakan nya memilih untuk berjimat
dari selamat. Oleh itu, penulisan ini ditulis dengan harapan sedikit sebanyak
dapat membantu memberi kesedaran pengguna minyak masak dalam membuat pilihan
yang tepat dengan memberikan informasi berkenaan kajian berkaitan yang telah
dilakukan.
Komponen Minyak Masak
Sedikit sebanyak mengenai minyak masak yang sering
kita gunakan ini, iaitu terdapat 2 komponen minyak kelapa sawit ini, iaitu 50%
saturated fat dan 50% unsaturated fat. Minyak ini kaya dengan vitamin E dan
bahan antioksidan yang baik untuk badan kita dalam membaiki struktur sel yang
rosak disamping mengelakkan kanser. Lawan untuk antioksidan adalah bahan yang
kita panggil sebagai ‘free radicals’. Bahan free radicals inilah yang selalunya
menggalakkan sel-sel kanser dalam badan untuk aktif.
Hasil kajian dari Fakulti Perubatan UKM (2012)
mendapati bahawa kandungan vitamin E dan antioksidan yang terdapat dalam minyak
masak ini amat sensitif terhadap kepanasan. Pemanasan berulang kali merendahkan
kandungan vitamin E dan meningkatkan pembentukan free radicals.
Selain dari mengaktifkan sel-sel kanser, free
radicals yang terbentuk ini merosakkan kandungan lemak minyak tersebut yang
seterusnya akan menyebabkan proses pengerasan dinding salur darah. SItuasi ini
akan menyebakan pengaliran darah ke seluruh tubuh badan terganggu dan
seterusnya boleh mengakibatkan darah tinggi, strok dan serangan jantung
seterusnya boleh membawa kepada kematian. Terma dalam perubatan adalah
aterosklerosis.
Dalam satu kajian lain dari fakulti yang sama,
mendapati minyak masak tersebut kehilangan khasiat berikutan pengurangan kandungan
vitamin E kepada hampir 98% selepas lima kali digunakan untuk menggoreng.
Sudahlah khasiat hilang, ditambah pula mudarat pada kesihatan. Nampak tak lebih
keburukan dari kebaikan untuk penggunaan semula minyak masak ini.
Berapa kali minyak goreng boleh
dipakai?
Jadi sekiranya anda masih nak menggunakan berulang
kali (tapi yang paling elok tak perlu digunakan berulang kali). Mungkin boleh
dua kali sahaja. Selepas dari itu, bolehlah masukkan ke dalam botol dan boleh
hantar ke pusat kitar semula. Boleh jaga kesihatan dan persekitaran. Dan boleh
juga dapat duit sedikit, Sebab apa?
Untuk anda yang belum tahu. Ada yang membeli tau
minyak masak terpakai nih. Dari laman web USIM, minyak masak terpakai ini boleh
dikitar semula untuk digunakan untuk membuat biodiesel, sabun, lilin dan
sebagainya. Mereka mula menjalankan aktiviti pemgumpulan minyak masak terpakai
semenjak tahun 2013 lagi.
Tapi
anda mesti terfikir-fikirkan, di rumah bolehlah nak buat macam ini, di kedai
dan di gerai-gerai macam mana. Itu dah di luar bidang kuasa kita.
Sekurang-kurangnya kita sudah kurangkan peratus risiko kesihatan diri. Nak lagi
kurang risiko, kurangkan lah pengambilan makanan diluar ataupun makanan
bergoreng diluar.
Susah untuk peniaga diluar sana tidak menggunakan
semula minyak masak tersebut. Tapi tidak mustahil sekiranya peniaga itu sedar
dia mudaratkan pembeli-pembelinya.
Jadi, sekarang anda masih nak berjimat, makan
sedap ataupun memilih untuk selamat dan sihat? Pilihan di tangan anda. Duit
boleh dicari kesihatan tiada tukar ganti. Elak lebih baik dari merawat.
Lagipula, kos rawatan untuk penyakit-penyakit kronik yang disebutkan di atas
pun bukan murah ya. Sekali lagi, pilihan di tangan anda.
Penulis berharap, sekiranya anda tidak dapat
langsung tidak menggunakan semula minyak masak. Sekurang-kurangnya anda sedikit
sebanyak sedar penggunaan semula minyak masak perlu dikurang kan jumlah
penggunaan nya. Dan kurangkan lah beli makanan bergoreng di luar. Bukan untuk
siapa. Untuk anda dan keluarga anda juga.
Bagi penjual makanan pula, penulis faham dan
tahu, kos untuk menukar minyak masak dengan kerap ini amat tinggi tetapi jauh
di sudut hati penulis berharap sedikit penambahbaikkan perlu anda lakukan untuk
kesihatan kita bersama.
Sumber : bidadari.my
0 Comments