Pada 13 Mac 2020 bermulaanya mercu tanda Malakat Mall yang pertama dibuka di Cyberjaya, Malakat Mall diasaskan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)yang bermatlamat untuk menyatukan kuasa pengguna Islam Malaysia dalam membina teras kekuatan ekonomi.
Malakat Mall inspirasi dari perkataan Arab 'Malakat' yang membawa maksud perhimpunan segala dagangan. Perkataan'Malakat' itu juga dipilih untuk meniupkan semangat 'Melaka' sebagai pusat dagangan antarabangsa di zaman Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-14.
PPIM juga dikenali sebagai Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) mensasarkan untuk membuka 100 Malakat Mall sebagai ekosistem baru dan pusat pengedaran barangan usahawan Bumiputera dalam tempoh 10 tahun akan datang (2020-2030).
Kompleks membeli belah ini dimiliki oleh muslim sepenuhnya. Malakat Mall bukanlah Mall Kapitalis. Malakat Mall adalah Mall perjuangan menyediakan ruang dan peluang untuk pengguna muslim dalam menyediakan peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih baik dan menggandakan nilai pelaburan memberikan kadar dividen kepada Pemegang Syer diantara 8%-15% setahun.
Malakat Mall juga bertujuan membina Usahawan Muslim bagi mewujudkan peluang perniagaan dan mempunyai produk sendiri serta bantuan akses dana pelaburan.
Malakat Mall menggunakan platform Koperasi (KoPPIM) melaksanakan dasar perniagaanya.
KoPPIM juga mensasarkan satu juta ahli koperasi yang akan menggerakkan perniagaan berkenaan bagi membolehkan komuniti yang berbelanja mendapat manfaat secara langsung menyumbang kepada ‘Ummah Victory Fund’ yang akan digunakan untuk menyelesaikan masalah berkaitan ummah seperti kemiskinan, pendidikan, kesihatan, keselamatan makanan perumahan dan fakir miskin.
Ekosistem baru ini berupaya menjadikan usahawan Bumiputera berdaya saing dengan penyatuan pembelian yang boleh membina ekonomi bagi satu juta keluarga.“Dengan adanya Malakat Mall, akan mewujudkan 5,000 peluang perniagaan, 100,000 peluang pekerjaan dengan pendapatan minimum RM10,000 sebulan.
KoPPIM juga mempelawa bagi mereka yang berminat membuat pelaburan yang patuh syariah dengan hanya RM100 sebulan dengan mendaftar sebagai ahlli KoPPIM dan diberikan nombor ID dimana sekiranya diluluskan menjadi ahli. Setiap ahli boleh akses kepada laman sesawang KoPPIM dalam membuat pelaburan dan penambahan pelaburan setiap bulan dengan minimum RM500 & maksimum pelaburan RM10,000 bagi setiap ahli.
Pendaftaran sebagai ahli boleh dibuat melalui atas talian (online) https://www.koppim.com.my/daftar/
Terkini Malakat Mall Masjid Tanah, Melaka bakal dibuka dalam masa terdekat.
Sumber : Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM)
0 Comments