MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kafarah Menggauli Isteri Ketika Siang Ramadan


Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata; Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata: "Aku telah binasa." Baginda bertanya: "Kerana apa?" Lelaki itu berkata: "Aku telah menggauli isteriku pada siang hari bulan Ramadhan." Maka Baginda bersabda: "Kalau begitu, merdekakanlah seorang hamba." Lelaki itu berkata: "Aku tidak ada hamba." Baginda bersabda lagi: "Kalau tidak ada, maka berpuasalah dua bulan berturut-turut." Lelaki itu menjawab: "Aku tidak mampu." Baginda bersabda: "Jika tak mampu, maka berilah makan kepada enam puluh orang miskin." Lelaki itu berkata: "Aku tidak mempunyai sesuatu pun." Maka Nabi SAW telah diberi sebuah bakul besar berisi kurma. Maka Baginda pun bertanya: "Di manakah orang yang bertanya tadi?" Lelaki itu menjawab: "Ya, ini aku." Baginda bersabda: "Bersedekahlah dengan ini." Lelaki itu berkata: "Adakah ada orang yang paling memerlukannya selain daripada kami wahai Rasulullah? Maka Demi Zat yang telah mengutuskanmu dengan membawa kebenaran, tidak ada ahli keluarga di antara dua bukit itu yang memerlukannya lebih daripada pada kami." Akhirnya Nabi SAW tertawa hingga gigi gerahannya kelihatan. Lalu Baginda bersabda: "Kalau begitu, sedekahkanlah kepada keluargamu." (Hadith riwayat al-Bukhari, No.5368, 6087, Ahmad, No.6650)

Post a Comment

0 Comments