MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

JKNJ Nafi Laporan Libatkan Anggota Polis Disyaki COVID-19


Tular satu laporan tentang kes melibatkan anggota polis yang disyaki dijangkiti COVID-19 di Kota Tinggi setelah pulang bekerja di Singapura, dalam media sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan ada mengeluarkan kenyataan berkaitan laporan jangkitan COVID-19 dan pendedahan maklumat siasatan kontak melibatkan anggota polis di Bukit Besar, Kota Tinggi, seperti yang tular di media sosial hari ini.

Di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu (1) tahun atau kedua-dua dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas persabitan.

Sumber : Bernama


Post a Comment

0 Comments