Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia
(IBFIM) melantik tiga Ahli Lembaga Pengarah baharu iaitu:-
- Datuk Adissadikin Ali
- Nazlee Khalifah
- Elmie Aman Najas
Menerusi pelantikan baharu itu, gabungan Ahli
Lembaga Pengarah IBFIM terdiri daripada:-
Pengerusi, Datuk Mohamed Rafique Merican
Enam (6) Ahli Lembaga Pengarah:-
- Adissadikin Ali
- Muhammad Fikri Mohamad Rawi
- Elmie Aman Najas
- Nazlee Khalifah
- Datuk Badlisyah Abdul Ghani
- Abdul Aziz Zainal Abidin
Pengerusi IBFIM Datuk Mohamed Rafique Merican,
yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic berkata, ketiga-tiga
Ahli Lembaga Pengarah baharu itu masing-masing berpengalaman luas dan
mempunyai rekod cemerlang di bidang perbankan Islam dan takaful.
"Kami mengalu-alukan sumbangan mereka dalam
memudahkan pertumbuhan tenaga kerja tempatan dan global dalam industri
kewangan Islam dan akan merealisasikan aspirasi IBFIM untuk menjadi pusat
rujukan global bagi kewangan Islam," katanya.
Adissadikin,Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic
Bank mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam sektor
perkhidmatan kewangan dan juga merupakan Presiden Persatuan Perbankan dan
Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM).
Rakan sejawatnya, Ketua Pegawai
Eksekutif Affin Islamic Bank dan ahli Majlis AIBIM mempunyai pengalaman
luas dalam pengurusan strategik industri perbankan manakala Elmie, Ketua
Pegawai Eksekutif AIA Public Takaful berpengalaman lebih daripada 20
tahun dalam sektor insurans dan takaful.
Sumber : IBFIM dan BERNAMA
0 Comments