MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Hukum Wanita Berhaid Menguruskan Jenazah Dan Pergi Ke Kubur


Assalam @drzul_albakri , adakah wanita yg kematian suaminya tidak boleh berada disamping jasad suami sebelum dikebumikan & tidak boleh juga ke kubur utk menghantar jenazah?

1. Secara umumnya, wanita adalah dimakruhkan daripada mengikuti jenazah ke perkuburan. Daripada Ummi 'Athiyyah radhiallahu 'anha katanya: "Kami ditegah mengiringi jenazah namun ia bukanlah sebagai perintah kepada kami.”          Riwayat al-Bukhari (1219)

2. Adapun wanita yang kematian suami, maka haram baginya untuk mengikuti jenazah suaminya ke kubur kerana mereka wajib melaksanakan iddah MELAINKAN kerana hajat atau darurat. Rujuk hadith Ummu 'Athiyyah Riwayat al-Bukhari (307)

3. Adapun jika diyakini wanita berkenaan agak emosional seperti meraung, meratap, atau tindakan tidak terkawal, maka hukum menziarahi kubur itu adalah haram bagi wanita itu. Rujuk hadith riwayat al-Bukhari (1232)

3. Ada juga ulama' yang membolehkan wanita ziarah kubur dengan syarat beliau kuat imannya dan dapat mengawal perasaannya. Nabi SAW melalui seorang wanita yang sedang menangis di kubur. Lalu Baginda bersabda: “Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah.” Riwayat al-Bukhari (1252)

4. Di sisi mazhab Syafie, sunat wanita menziarahi kubur Rasulullah SAW, para anbiya’ dan orang soleh dengan syarat mereka tidak memperagakan diri, bercampur gaul, bersesak-sesak, bersentuhan dengan kaum lelaki dan meninggikan suara yang mungkin membawa fitnah.

5. Sebahagian ulama menyatakan hukum sunat juga bagi wanita untuk menziarahi kubur kaum kerabatnya. Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah (1/389)


6. Keluarga si mati lebih mengenali bagaimana kondisi si balu samada sesuai atau tidak mengiringi jenazah ke kubur. Walaubagaimanapun, doa itu lebih utama dan insya-Allah sampai kepada suaminya.

Penjelasan lanjut sila klik https://muftiwp.gov.my/

Sumber : SS Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri 

Post a Comment

0 Comments