Homestay Mount Hill Villa, Kundasang Sabah yang dibuka kepada pengunjung pada September 2019 yang diusahkan oleh penduduk tempatan sesuai dengan namanya kerana homestay ini terletak di atas bukit berkonsepkan corak warna hitam dan putih sinonim dengan ladang penternakan lembu tenusu Dairy Farm. Homestay ini juga terletak di dalam kawasan Dairy Farm membolehkan pengunjung melawati Dairy Farm seawal pagi pembukaan premis.
Terletak
di atas bukit disamping pemandangan persekitaran bukit-bukau dan pokok-pokok
yang menghijau membuatkan diri merasa santai sambil menghirup udara yang segar
serta bersih. Di pagi hari dan petang boleh melihat kabus yang muncul di bawa angin
ke Homestay Mount Hill Villa menyebabkan suhu menjadi lebih sejuk lagi seperti
di Genting Highlands rasanya. Pada waktu malam cuaca sejuk bagi mereka yang
membawa keluarga dan anak-anak pastikan mempunyai baju sejuk/jaket sejuk bagi
keselesaan pergerakan/aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Keunikan
homestay ini diperbuat daripada
kontena kapal atau peti pengangkutan ia itu unit simpanan boleh guna semula
yang digunakan untuk mengangkut barangan dan bahan mentah antara kawasan atau Negara.
Kontena ini diubah suai dijadikan bilik penginapan dan cukup selesa serta mempunyai
water heater membolehkan pengunjung mandi
pada bila-bila masa sahaja sekiranya ingin mandi.
Homestay juga menyediakan ruangan dapur yang
luas untuk memasak dan tempat memanggang 2 unit ikan /daging/ayam hanya perlu membawa arang
kayu.
Ruangan kanak-kanak untuk berehat juga ada disediakan dilengkapi dengan kerusi, meja dan hiasan yang menarik.
Ruangan
bagi pengunjung yang ingin berkaraoke juga disediakan oleh pemilik homestay
bersama peralatan kulingtangan (alatan tradisional).
Homestay
Mount Hill Villa juga menyediakan ruangan Little
Rabbit Farm bagi pengunjung yang ingin memegang dan membelai arnab-arnab
tersebut boleh berbuat demikian hanya memaklumkan kepada penyambut tetamu wanita
(pekerja homestay) yang mesra pengunjung. Kandang mini untuk burung juga disediakan untuk tatapan pengunjung diantara burung-burung tersebut adalah burung Nuri, Tekukur, Porok dan beberapa lagi jenis sepesis burung.
Pakej
harga yang ditawarkan oleh Homestay Mount Hill Villa juga sangat berbaloi
serendah RM160 (belakang) dan RM180 (hadapan menghadap halaman, gunung dan
pokok-pokok).
Bagi
Admin yang telah berkunjung dan menginap ke Homestay Mount Hill Villa sangat
berpuas hati dengan fasaliti dan kemudahan yang disediakan, yang paling best
pemandangan persekitaran yang cantik, keselesaan, suhu yang sejuk membuatkan
ingin pergi dan menginap lagi di Homestay Mount Hill Villa sekiranya berpeluang lagi.
Sekiranya pengunjung ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut lagi sila menghubungi Puan Aishah (Pemilik Homestay) di talian 016-8117181 atau 013-5412112.
Di bawah admin kongsikan lagi gambar-gambar untuk tatapan pengunjung yang ingin ke Homestay Mount Hill Villa.
Hampir admin terlupa homestay ini mempunyai rooftop, melalui rooftop ini pengunjung boleh melihat pemandangan sekitar sambil berehat - rehat menikmati udara dan melihat sinaran matahari pagi dan petang.
Sumber : Admin sendiri yang telah menginap di Homestay Mount Hill Villa baru - baru ini.
Di bawah admin kongsikan lagi gambar-gambar untuk tatapan pengunjung yang ingin ke Homestay Mount Hill Villa.
Hampir admin terlupa homestay ini mempunyai rooftop, melalui rooftop ini pengunjung boleh melihat pemandangan sekitar sambil berehat - rehat menikmati udara dan melihat sinaran matahari pagi dan petang.
Sumber : Admin sendiri yang telah menginap di Homestay Mount Hill Villa baru - baru ini.
0 Comments