MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Hina Islam & Al-Quran Seorang Lelaki Dihadapkan Ke Mahkamah


Seorang lelaki yang memijak al-Quran dan membuat rakaman suara menghina Islam dalam satu kejadian yang disiarkan secara langsung di sebuah akaun Facebook, Khamis lalu, direman tiga hari. 

Perintah reman terhadap lelaki berusia 35 tahun itu yang bermula Ahad hingga Selasa itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, Nor Hidayah Abd Manaf di Mahkamah Majistret Johor Bahru, pagi semalam.

Perintah reman itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 295 dan 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sekiranya setiap manusia menghormati agama,  kepercayaan dan budaya setiap individu atau kumpulan atau masing-masing kejadian dapat dielakkan. Hargailah kehormonian yang ada dan terpelihara di negara ini.

Admin percaya bahawa setiap agama  mewajibkan dan menyarankan penganutnya menghormati agama dan kepercayaan penganut yang lain.

Sumber : onenews

Post a Comment

0 Comments