Ex-Gratia adalah pemberian Kerajaan kepada tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, dengan tempoh perkhidmatan kurang daripada 20 tahun atau 240 bulan.
Tujuannya adalah bagi membantu meringankan beban tanggungan/waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam tempoh tidak lebih 240 bulan perkhidmatan.
Ianya diberikan kepada balu/duda/anak/ibu/bapa yang layak. Walau bagaimanapun Ex-Gratia ini tidak diberikan kepada kes-kes kematian penjawat awam yang disahkan akibat daripada membunuh diri.
Sumber: @jpagov (Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia)
0 Comments