DENGAN HATI YANG
PENUH KHUSYU’ DAN TAWADU’, KAMI MENADAH TANGAN MEMOHON KEHADRATMU YA ALLAH,
SEMOGA MAJLIS YANG KAMI ADAKAN INI MENDAPAT LIMPAHAN RAHMAT DAN KEBERKATAN
SERTA KEREDHAANMU.
YA ALLAH, KAMI
BERSYUKUR KEPADAMU KERANA DENGAN KEIZINAN DAN KURNIAAMU MAKA DAPATLAH KAMI
BERHIMPUN DI MAJLIS PADA PAGI INI BAGI MERAIKAN DAN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA KAKITANGAN
YANG TELAH DINAIKKAN GRAD DAN PANGKAT, MUDAH-MUDAHAN ENGKAU
PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN MEREKA YANG KAMI RAIKAN INI, ENGKAU TINGKATKANLAH
KEIMANAN DAN KETAQWAAN MEREKA, ENGKAU SELAMATKANLAH PERJALANAN HIDUP MEREKA,
ENGKAU KURNIAKANLAH KEPADA MEREKA KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL AGAR MEREKA
DAPAT MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN CEMERLANG DAN BERHASIL DENGAN JAYANYA.
ENGKAU
KURNIAKANLAH KAMI TAUFIQ DAN HIDAYAH, KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN YANG
BERPANJANGAN DALAM IMAN DAN ENGKAU ERATKANLAH TALI PERSAUDARAAN DIANTARA KAMI,
KUKUHKANLAH PERPADUAN KAMI, KEKALKANLAH SIFAT MAHU BEKERJASAMA DAN BANTU
MEMBANTU DIANTARA KAMI, AGAR BAHAGIAN/JABATAN/UNIT KHUSUSNYA DAN KEMENTERIAN/SYARIKAT/ORGANISASI/PERTUBUHAN AMNYA MENDAPAT KEMAJUAN DAN KEJAYAAN DARI MASA KE SEMASA. PELIHARALAH
AKHLAK KAMI, HALALKAN REZEKI KAMI DAN TERIMALAH KHIDMAT KAMI SEBAGAI SATU
IBADAT.
BERIKANLAH KAMI
KESELAMATAN, KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN, HINDARKANLAH KAMI DARI SEGALA MARA
BAHAYA, SAMADA YANG KAMI KETAHUI ATAU YANG BELUM KAMI KETAHUI. DARIMU JUALAH YA
ALLAH DATANGNYA KESELAMATAN, DAN KEPADAMU JUALAH KEMBALINYA KESELAMATAN. SEMOGA
ENGKAU YA ALLAH, SENANTIASA MEMELIHARA KAMI DI DALAM KESELAMATAN DAN KEAMANAN.
YA ALLAH, ENGKAU
JADIKANLAH PERHIMPUNAN DAN PERJUMPAAN KAMI PADA HARI INI, SEBAGAI PERHIMPUNAN
DAN PERJUMPAAN YANG DIRAHMATI DAN DIBERKATI, DAN ENGKAU JADIKANLAH PERPISAHAN
KAMI SELEPAS INI NANTI SEBAGAI PERPISAHAN YANG TERPELIHARA DARIPADA SIFAT-SIFAT
MAZMUMAH, DAN JANGAN PULA ENGKAU JADIKAN YANG ADA DIKALANGAN KAMI NANTI DITIMPA
KECELAKAAN, MENYINGKIRKAN, ATAU TERHALANG DARI PEROLEHI RAHMATMU.
0 Comments