Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin membuat penafian mengenai kenyataan viral yang telah tersebar melalui media sosial berkenaan dakwaan meninggal akibat 2019-nCoV di Bentong seperti gambar di atas.
KKM memaklumkan bahawa berita tersebut adalah PALSU.
Tiada kematian koronavirus di Malaysia. Hospital Bentong adalah bukan hospital rujukan bagi mengendalikan kes - kes yang disyaki.
Di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu (1) tahun atau kedua-dua dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas persabitan.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
0 Comments