COVID-19, yang bermaksud 'Penyakit Virus Korona' adalah nama rasmi bagi Novel Coronavirus 2019, menurut Pertubuhan Kesihatan edunia (WHO). Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang menjelaskan bahawa co bermaksud 'corona', vi (virus) dan d (penyakit), dalam taklimat media harian mengenai virus itu, di Geneva, Switzerland pada selasa (waktu tempatan).
"Kami kini mempunyai nama bagi penyakit#2019nCoV : COVID-19,"katanya dalam siaran video di laman Twitter rasmi WHO. Di bawah garis panduan yang dipersetujui antara WHO, Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), kami harus mencari nama yang tidak merujuk kepada lokasi geografi tertentu, haiwan , individu atau mana-mana kumpulan manusia dan berkaitan dengan penyakit ini.
"Dengan adanya nama (rasmi) ia dapat mengelakkan penggunaan nama lain yang tidak tepat dan menimbulkan stigma. Ia juga memberikan kami format standard untuk diguna bagi sebarang wabak Coronavirus pada masa depan,"katanya.
Sumber: Bernama & Jabatan Penrangan Malaysia
0 Comments