MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

COVID-19 Singapura Keluarkan 77 Notis Berkurung


Jabatan Imigresen Singapura mengeluarkan 77 notis berkurung di rumah selepas 12 jam skim kuarantin kendiri dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19.

Media tempatan melaporkan, notis dikeluarkan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) itu menyasarkan penduduk Singapura, pemegang pas jangka panjang dan pekerja asing yang pernah berkunjung ke China dalam tempoh 14 hari lalu.

Bagaimanapun, mereka yang pernah berkunjung ke wilayah Hubei dikecualikan daripada perintah notis berkenaan kerana diwajibkan proses kuarantin.

Notis berkenaan berkuat kuasa jam 11.59 malam Selasa lalu dan mereka tidak dibenarkan keluar atau meninggalkan rumah selama 14 hari.


Langkah yang diambil itu lebih ketat berbanding Cuti Ketidakhadiran (LOA), yang membolehkan orang ramai meninggalkan rumah mereka dengan segera berdasarkan keperluan.

Mereka yang gagal mematuhi notis berkenaan boleh didenda sehingga SGD10,000 (RM29,886) atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika membabitkan kesalahan pertama.

Untuk kesalahan seterusnya, denda maksimum SGD20,000 (RM59,772) atau penjara setahun dikenakan.

 Sumber : myMetro


Post a Comment

0 Comments