Jabatan
Kesihatan Negeri Melaka memperjelaskan dakwaan kononnya anak kapal dari Wuhan
telah berlabuh di Melaka melalui Pelabuhan Kuala Linggi di Alor Gajah, Melaka.
Menurut
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka:
Pihak jabatan ini
ingin menjelaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak tepat di mana kapal
yang telah berlabuh bersama anak kapal pada 3 Februari 2020 dan diviralkan ini
bukanlah dari Wuhan. Jabatan Kesihatan Negeri Melaka ingin memaklumkan bahawa
saringan kesihatan kepada anak kapal dari negara berisiko terutamanya negara
China adalah merupakan aktiviti tetap bagi pencegahan dan kawalan kemasukan
virus 2019-nCoV yang dilakukan di semua Pintu Masuk Antarabangsa di seluruh
Malaysia. Penggunaan alat perlindungan diri oleh anggota kesihatan yang
bertugas adalah juga bertujuan melindungi kesihatan anggota yang bertugas di
Pintu Masuk Antarabangsa.
Sumber : KKM & Sebenarnya.my
0 Comments