Pelancaran
minyak sawit 'Benta Enak Sedap Sehat' (BESS) yang disempurnakan oleh Ketua
Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kilang Benta Edible Oil Sdn Bhd, anak
syarikat Benta Wawasan Sdn Bhd (BWSB) yang juga unit Yayasan Sabah merekodkan sejarah
produk jenama BESS keluaran pertama negri Sabah.
Kilang
minyak masak yang terletak di Tawau ini menelan kos sebanyak RM3.5 juta
termasuk dari segi kemudahan kelengkapannya dan berupaya mengeluarkan 2,000 tan minyak masak
sebulan dan dipasarkan di Tawau dan daerah lain.
Minyak
masak BESS dijual pada harga masing-masing RM5 sebotol untuk saiz 1 kilogram, 2
kilogram (RM9 sebotol) dan 5 kilogram (RM20 sebotol).
Sekiranya
mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna membabitkan subsidi minyak berkenaan akan dikurangkan sehingga 30
peratus dari harga asal.
Sumber
: Bernama
0 Comments